Sedih dan memalukan aku nak tulis berita ni bila melihat
jelajah treler PAS di Putrajaya, yang hanya dikunjunggi oleh kanak-kanak kecil.
Bertempat di hadapan Mydin Presint 14 treler jelajah Pas
telah masuk ke parking yang dikhaskan untuk kereta dan pelanggan Mydin.
Kononnya jelajah ini mahu menghimpunkan beribu pengunjung
dari Putrajaya tapi biarlah gambar menceritakan betapa hambarnya sambutan
penduduk Putrajaya kepada treler jelajah Pas ni.
Ini bukti jelas penduduk Putrajaya tak hairan pun malah
tidak memberi sambutan terhadap treler jelajah Pas selain dari mengganggu
pelanggan Mydin membeli-belah.
Menurut orang PAS, harga treler tersebut tersangat murah dan
sangat sukar diperolehi di mana-mana tempat jualan kenderaan sekalipun, kecuali
kalau dibeli oleh orang PAS.
Bagaimanapun berdasarkan kepada harga keseluruhan treler
tersebut, ianya tidaklah semurah sebagaimana yang dikatakan oleh Mat Sabu.
Sebabnya, harga ‘kosong’ adalah lebih kurang RM150,000
dicampur pula dengan kos pengubahsuaian dan cat berjumlah RM150,000 menjadikan
harga kenderaan tersebut kepada RM300,000.
Harga RM300,000 adalah harga biasa bagi sebuah treler dan
tidak ada murahnya pun!
Treler PAS itu mampu menampung berat sebanyak 40 tan dan
dilengkapi dengan wi-fi, PA system dan janakuasa elektrik yang tersendiri. Juga
terdapat sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki pada treler berkenaan.
PAS hanya pandai membazir duit rakyat dengan membuat kerja
yang sia-sia... Buang karen je....
No comments:
Post a Comment