Sangat mengejutkan apabila Pakatan Haram Selangor tergamak “mengorek tabung” Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM2.5 bilion sebagai bayaran deposit untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi air menjual segala operasi industri air di Selangor kepada mereka.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam kenyataannya di dalam Forum Air Selangor memberitahu bahawa wang rakyat tersebut akan digunakan sebagai wang pendahuluan sebelum “boss”nya mendapatkan pinjaman dari bank tempatan dan antarabangsa.
Forum yang diadakan di Pandan Indah dan Subang baru-baru ini bagi mendengar “ceramah politik”yang berselindung di sebalik sesi pertemuan yang sepatutnya menceritakan tentang masalah gangguan bekalan air di Selangor.
Terngaga mulut hadirin apabila mendapat tahu dari Faekah bahawa wang mereka yang selama ini disimpan oleh Kerajaan Negeri Selangor akan lebur diguna bagi memuaskan hati Abdul Khalid “Gagap”membeli syarikat-syarikat tersebut.
Bukan sedikit nilai RM2.5 bilion. Macam-macam boleh dibuat dengan wang sebanyak itu. Dan wang yang selama ini menjadi jaminan rakyat Selangor di waktu-waktu getir bakal dikorbankan untuk membeli sesuatu yang belum tahu akan menyelesaikan gangguan bekalan air di negeri termaju itu.
Khalid diberitakan akan membeli keempat-empat syarikat konsesi air Selangor dengan harga RM9.65 bilion meskipun menyedari nilai sebenar operasi keseluruhan industri air di negeri itu sebenarnya bernilai RM12.1 bilion.
Dia sengaja nak rugikan syarikat orang yang dilihatkan sebagai “musuh”, sedangkan syarikat-syarikat itulah yang selama ini bertungkus lumus membekalkan air di Selangor dan terpaksa menahan maki hamun rakyat disebabkan onar yang dilakukan oleh Khalid.
Ketika SYABAS memohon kelulusan darinya untuk meminjam wang dari bank untuk membeli paip-paip dan pam air baru, mengapa Khalid tidak luluskan? SYABAS bukan minta wang dari Khalid atau rakyat.
Syarikat itu sanggup berhutang pada bank demi tanggungjawabnya membekalkan air pada rakyat, tapi Khalid sengaja tidak mahu luluskan. Dan kini Khalid mahu syarikat itu rugi berbilion ringgit? Itu penganiayaan namanya, kan?
Peliknya, Khalid boleh pula membeli syarikat kroninya, Talam Corp, yang mempunyai hutang ratusan juta dengan harga yang tinggi dari pasaran! Kononnya mahu selamatkan sebuah syarikat yang “hebat”. “Hebat” apa kalau hutang sampai beratus juta ringgit? Atau Khalid“ada udang di sebalik batu”?
Bila Faekah disoal tentang tindakan yang bakal diambil oleh Abdul Khalid bagi mengatasi masalah bekalan air yang membelenggu rakyat, “Setpol” MB Selangor itu memberitahu bahawa mereka akan “mengimport” pakar industri air dari Britain untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Faekah mendakwa kononnya di negara ini tiada seorang pun yang pakar di dalam industri air. Benarkah fakta Faekah? Atau dia sengaja menipu bagi membolehkan “Mat Saleh”dari luar negara itu di bawa ke negara ini? “Lekeh” sangatkah negara ini sehingga tiada pakar air?
Sebenarnya di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) memiliki ramai pakar-pakar industri air yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Di universiti-universiti tempatan dan syarikat-syarikat air terkemuka di negara ini juga terdapat ramai pakar-pakar di dalam bidang industri air yang belajar tinggi sehingga ke tahap professor, kedoktoran dan sebagainya.
Cuma Faekah saja yang tidak tahu. Atau dia sombong tidak mahu kenal dengan pakar-pakar air itu? Tak kenal maka tak cinta, kan? Cubalah kenal-kenal dengan pakar-pakar air itu, mana tahu Faekah akan bertemu jodoh dengan mereka…
Saya nak tanya sikit? Kalau Malaysia ni tak ada pakar air, selama ini kenyataan yang dikeluarkan oleh LUAS and UPEN yang mengatakan air cukup sampai tahun 2030 dan Selangor tak ada masalah air boleh digunapakai dan berkreadibiliti ke?
Lagipun, Faekah bukan pakar air. Dia tidak layak bercakap tentang masalah air di Selangor, apatah lagi mahu menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat sejak Pakatan Haram mengambil alih negeri itu, bukan?
Mungkin sebab itu Faekah terpaksa beri ceramah politik di forum tersebut dan melalut jauh menceritakan hikayat dongeng mahu menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini. Faekah bertanding di DUN mana nanti? Wangsa Maju, kah? Boleh selesaikan masalah air di situ?
Tak payahlah Faekah menuding jari sana sini menyalahkan orang lain dalam masalah air di Selangor. Dia patut bawa Khalid ke depan cermin besar dan cermin diri sendiri. Tanya Khalid mengapa dia sabotaj rakyat Selangor dan Lembah Klang?
No comments:
Post a Comment