Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini ada segala macam kaji selidik dibuat oleh pelbagai pihak.Tumpuannya tentulah pada soal populariti antara Barisan Nasional dan pakatan pembangkang.
Namun timbul keraguan tentang tentang sejauh mana tepat hasil kajiselidik yang dibuat.
Dalam pada itu sesetengah pihak yang menjalankan kajian nampak macam syok sendiri dan seolah-olah survey mereka saja yang betul.
Dalam pada itu sesetengah pihak yang menjalankan kajian nampak macam syok sendiri dan seolah-olah survey mereka saja yang betul.
Sebab itu, tidak hairan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor mempersoalkan kajian Merdeka Centre baru-baru ini yang mendakwa hasil kajiselidiknya kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.
Tengku Mansor mempersoalkan kajian Merdeka Centre baru-baru ini yang mendakwa hasil kajiselidiknya kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.
Beliau menilai kajiselidik itu tidak bersifat.
Kajian Merdeka Centre menunjukkan jurang di antara sentimen pengundi ke atas Najib, kerajaan persekutuan dan BN.
Kurang daripada separuh responden berkenaan berpuas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan (48 peratus) dan BN (45 peratus), yang menunjukkan trend konsisten sejak setahun lalu.
"Kamu mesti ingat, berapa orang sampel. Kamu mesti tanya Merdeka Centre siapa yang jalankan kajiselidik, persampelan, jumlah sampel, siapa sampel," katanya mengulas laporan kajian itu ketika sidang media
selepas melancarkan Skuad BN di Ibu Pejabat UMNO, di PWTC Kuala Lumpur ,Khamis.
selepas melancarkan Skuad BN di Ibu Pejabat UMNO, di PWTC Kuala Lumpur ,Khamis.
Tengku Adnan berkata, maklum balas yang diterima apabila kerajaan memberi bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M0 juga berbeza.
"Kita dapat lihat, di kawasan saya (di Putrajaya) , bila saya beri daripada RM500, dan anak bujang. Saya amat kagum, mereka pertama kali terima RM250, ada yang peluk saya (kerana) kerajaan prihatin dengan masalah dia, kepada mereka yang gaji bawah RM2,000 dan bujang.

"Persoalan daripada kaji selidik itu, kami nak tahu tentang persampelan. Maksud saya, untuk bersikap adil kepada kami. Pada kita, parti kita pun buat survey juga.
"Kita juga tahu dengan adanya BRIM dan bantuan RM250 (untuk orang bujang) sedikit sebanyak rakyat tahu kerana kerajaan prihatin dengan keperluan mereka," katanya.
Mengulas kenyataan Najib mengenai peranan media baru pada PRU 13, Tengku Adnan menegaskan ada pelbagai media sosial BN berbanding usaha yang dijalankan pembangkang.
"Cuma hit mereka, hit kita (tidak sama), kerana kita ada media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar. Jadi mereka tak tengok laman web kita," katanya.
Bagaimanapun katanya, walaupun ramai melihat web pembangkang tetapi rakyat semakin bijak menilai usaha-usaha dilakukan kerajaan BN.
Sementara itu, Skuad BN anjuran Persatuan Warga KL dan Selangor dengan kerjasama Gabungan Mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian yang dilancarkan akan mengadakan road show penerangan seluruh negara mengunakan kontena bergerak tidak lama lagi.
Menurut Tengku Adnan, skuad bergerak secara sukarela ini akan mensasarkan golongan muda dengan memberi penjelasan isu-isu semasa serta mengadakan aktiviti berkiatan masyarakat di tempat Skuad BN bergerak.
No comments:
Post a Comment