Monday 25 March 2013

Tun Daim pulak bongkar sebab Anwar tak layak jadi PM



Nasihat Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia pastinya membuka pekung mengapa Anwar tidak layak diangkat menjadi PM .

Isu krisis ekonomi 1997 membuktikan Anwar bukan arif untuk  menguruskan ekonomi negara bila mana beliau lebih suka mendapat bantuan kewangan  daripada IMF .Ikuti pesanan beliau kepada rakyat Malaysia agar berfikir sebelum mengundi Pakatan yang akan menjahanamkan ekonomi negara.

Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri.

 "Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.

 "Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya.

 "Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

 Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

 "Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan" katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat. 


"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya. - Sinar Harian


APA LAGI YANG DICARI !!! 

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete