Friday 15 March 2013

Rashid Din Seranah HINDU PARIAH Sambil Lepaskan Tumbukan Ke Dada Seorang Naib Ketua Wanita PKR



bs2
Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang ini telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi masyarakat India, sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan masyarakat setempat, khususnya masyarakat India. Ternyata, pengalaman lepas  masih belum mampu mengajarnya. 


Kejadian dilaporkan telah berlaku jam 9:45 malam pada 10 Mac lalu di bilik mesyuarat Pejabat Cabang PKR Merbok, Sungai Lalang, Sungai Petani melibatkan Ahli Parlimen Merbok itu dengan seorang Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok. Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok bernama Malika a/p Subramaniam tidak sahaja dipanggil HINDU PARIAH tetapi juga telah ditumbuk oleh Rashid Din.1334203269-picsayMenurut sumber, kejadian berlaku semasa dalam sesi soal jawab. Tercetus pertengkaran dan perselisihan faham antara Malika dengan Rashid DIn. Malika tidak berpuas hati kerana enggan meminta maaf kepada Malika kerana beberapa isu selain gagal menjawab dan melayan semua usul yang dikemukakan. 

Rashid Din gagal mengawal perasaan, lantas cuba menumbuk muka Malika. Bagaimanapun, tumbukannya tersasar kerana Malika berjaya mengelak. Rashid Din bagaimanapun, cuba menumbuk lagi. Tumbukan kali kedua, masih tidak mengenai muka sebaliknya mengenai dada Malika, menyebabkan Malika terjatuh. 


Apabila melihat Malika terjatuh, Rashid Din cuba menerkam tetapi ahli-ahli PKR yang lain di bilik mesyuarat tersebut, berjaya menangkap dan menghalang Rashid Din daripada terus mengerjakan Malika. Pun begitu, Rashid Din terus menyeranah Malika sambil menggelarkan Malika sebagai HINDU PARIAH. 


Mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan. Malika sebaliknya membuat laporan polis pada jam 11:46 malam di Balai Polis Bedong. 


Pergaduhan, tumbuk-menumbuk, malahan cubaan membunuh seperti yang melibatkan Xavier Jeyakumar di Selangor, bukanlah asing dalam mesyuarat PKR. Pada proses pemilihan jawatan penting pusat, ramai pemimpin PKR yang kecewa kerana telah KENA SAILANG oleh puak Azmin Ali, puak Nurul Izzah, puak Anwar Ibrahim, puak Khalid Ibrahim dan pelbagai puak lagi dalam PKR, membuat keputusan untuk keluar. Malah ada juga yang terus senyap sunyi kerana malu dengan apa yang berlaku dalam PKR. 


Gelaran HINDU PARIAH atau PARIAH juga bukanlah asing yang dilabelkan kepada penyokong-penyokong PKR dari masyarakat India. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah mengungkapkan perkataan yang sama kepada Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang sekarang ini sudah keluar dari parti dan pemimpin-pemimpin PKR dari keturunan India lain yang menentangnya. 190320125181-300x225Walaupun PKR pada tahun 2008 mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN hasil sokongan masyarakat India kepada mereka, ternyata sokongan yang diterima itu tidak dihargai. Bahkan Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok, secara berterus-terang menyatakan PKR dan Pakatan Rakyat pada PRU13, tidak mengharapkan langsung undi daripada masyarakat India kerana sudah cukup yakin, undi daripada masyarakat Cina dan Melayu sudah cukup untuk memenangkan PKR di mana-mana kerusi yang mereka tandingi. 


Peristiwa ini sudah pasti sedikit sebanyak akan membuka mata masyarakat India yang telah diperlakukan seperti masyarakat bodoh yang mudah dipengaruhi dan diperdayakan. Baru-baru ini, Ngeh Kor Ham, Pengerusi DAP Perak telah menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga dari DAP, Kulasegaran apabila menyatakan masyarakat India mudah ditipu dengan sehelai sari, sedikit wang, kari, daging kambing dan arak

Penghinaan tersebut menyebabkan Kulasegaran melenting dan mengancam untuk melakukan pendedahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak yang sebelum ini ketar lutut apabila media mendedahkan perihal pemilikan tanah Yayasan Islam Kelantan yang berjumlah ribuan hektar sebagai timbal balas kepada persetujuan agar Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 2008.


Di Pulau Pinang pula, masyarakat India lebih awal lagi dapat melihat bagaimana DAP dan PKR telah mempergunakan mereka dengan sewenang-wenangnya dan setelah mendapat apa yang dihajati, masyarakat India telah dijadikan seperti anjing kurap yang boleh dikatok, digodam, dipukul dan dihentam sesuka hati. 

Kampung Buah Pala yang menjadi perkampungan awal masyarakat India di Pulau Pinang, telah dimusnahkan secara kejam oleh pentadbiran Lim Guan Eng. Manakala sebuah tanah perkuburan masyarakat India di Seberang Perai pula, telah dirampas oleh Lim Guan Eng dengan alasan untuk dibangunkan dan dimajukan!


Di Selangor pula, masyarakat India yang telah memenangkan beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuklah Seri Andalas, bertindak memperhebatkan serangan terhadap Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai INDIA LUPA DIRI kerana berbeza agama dengan kebanyakan penyokong PKR. Xavier Jeyakumar dilaporkan telah membuat pelbagai angkara dan gagal menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat India yang merupakan salah satu daripada portfolio yang dipegangnya dalam Kerajaan Negeri Selangor.


SUMBER


1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete