Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan
berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah,pencacai pakatan pembangkang
cuba menjadi pakar perlembagaan pula apabila Penasihat Parti Tindakan
Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera
mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum
ke-13 (PRU13).
Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai
Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan
sudah genap lima tahun.Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan. Entah
macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak
mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya ??? Patutlah
pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya,rupa-rupanya memang mereka ini
‘lembab’ sedikit otaknya.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri-negeri,Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN),adalah terbubar
dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh
persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya
Umum,kecuali jika dibubarkan lebih awal dan untuk rekod,kali terakhir
pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008,apabila kerajaan pemerintah
membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008.
Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti
membentuk kerajaan,sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan,Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28
April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama,Penggal Pertama,Parlimen
Malaysia Yang Kedua Belas telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah
diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.Peruntukkan yang
serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan
Raya Umum Dewan Undangan Negeri.
Oleh itu,bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh
pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah ??? Takkanlah Kit Siang terlalu
gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari ??? Kanak-kanak sekolah Tahun
Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada
28 April 2013 dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang
melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan
pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila
kuasa.
Bagaimanapun,sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai ‘kefahaman’
mereka dalam isu ini,iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari
tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen,maka mereka wajar
membubarkan segera DUN-DUN di Kedah,Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.Tindakan
ini pasti dilihat sebagai ‘menghormati’ Kit Siang yang secara tidak langsung
menyatakan bahawa Azizan,Nik Aziz,Khalid Ibrahim dan Guan Eng bukan lagi
Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sah dan perlu segera meletakkan jawatan
berdasarkan analoginya mengenai perlembagaan negara mengenai pilihanraya
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI