Monday 4 March 2013

Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu



Di bawah adalah kenyataan Anwar Ibrahim tentang kaitan pakatan pembangkang dengan penceroboh Filipina di Sabah.

Anwar Ibrahim membuat kenyataan ini di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya.

Seperti dijangka, Anwar Ibrahim menunding jari kepada parti UMNO dan BN. Tetapi MiM sertakan juga kenyataan Anwar Ibrahim untuk kita pertimbangkan.

Di antara laporan Keldaian Keadilan Daily :
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah. 
Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang. 
“Saya akan saman Utusan (Malaysia) SEKALI lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya seterusnya
1. Malangnya, laporan di dalam Keldaian Keadilan Daily yang bertajuk Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu sangat mengecewakan kita semua.

2. Selain daripada menyalahkan UMNO, BN, Utusan Malaysia dan DS Najib Razak seperti biasa, Anwar Ibrahim juga pertikaikan tahap profesionalisme pihak berkuasa.

3. Walaubagaimana pun, laporan sebanyak 9 perenggan itu gagal melaporkan perkara-perkara asas kepada dakwaan penglibatan pakatan pembangkang dengan penceroboh kedaulatan negara di Sabah.

4. Tidak ada jawapan di dalam laporan lidah rasmi itu tentang pertemuan beliau dengan Nur Misuari pada tahun lepas.

5. Malah yang lebih peliknya ialah artikel Keldaian Keadilan Daily itu tidak melaporkan Anwar Ibrahim menyentuh tentang pendedahan Inquirer News yang mencetuskan polemik kaitan pakatan pembangkang dengan penceroboh di Sabah. Begitu juga laporan The Manila Times.



6. Yang disebut ialah Utusan Malaysia tetapi kenapa tidak disebut media asing seperti Inquirer News, atau pun Manila News?

7. Dalam masa yang sama, laporan kontroversi media Filipina ini mengingatkan kita dengan laporan media The Wall Street Journal yang melaporkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim iaitu "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".

8. Dalam isu ini, Utusan Malaysia dan UMNO juga dipersalahkan padahal sumbernya adalah daripada agensi berita asing, The Wall Street Journal.

9 Logiknya, A
nwar Ibrahim dan pembangkang sepatutnya fokuskan penafian mereka terhadap laporan media-media asing itu jika Anwar Ibrahim atau pakatan pembangkang benar-benar tidak terlibat.

10. Jika beliau tidak menegur atau menyaman media asing, mana mungkin rakyat mahu percaya kepada sebarang kenyataan Anwar Ibrahim dan kepimpinan pembangkang yang lain.

11. Anda baca laporan penuh dan terjemahan Inquirer News : KLIK SINI


No comments:

Post a Comment