Tuesday 19 March 2013

AKSI RAJA GOYANG : ANWAR SAMAN PAPAGOMO 100 JUTA


Anwar saman blogger RM100j terbit gambar video seks

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap blogger pro Umno, “Papa Gomo” kerana didakwa cuba mengaitkan beliau dengan satu lagi skandal seks dengan menerbitkan gambar palsu di laman blognya Sabtu lalu.
Dalam notis tuntutannya, peguam Anwar menuntut blogger berkenaan, yang nama sebenanrnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, menarik balik dakwaan tersebut, membuat permohonan maaf dalam 48 jam bermula hari ini dan membayar RM100 juta kerugian.
“Jumlah tuntutan itu dibuat kerena blogger tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan Umno jelas melindunginya,” kata peguam Anwar, Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, www.papagomo.com telah memaparkan gambar yang menunjukkan bahagian belakang anggota badan seorang lelaki bogel, didakwa diambil daripada video sex Anwar.
Laman berkenaan turut menyatakan pautan ke laman blog lain dikenali sebagai “Aksi si Raja Goyang”, yang turut memaparkan 13 gambar, dipercayai diambil daripada video yang sama.
Gambar berkenaan turut memaparkan seorang lelaki memeluk lelaki lain dan bercium di dalam bilik tidur.
Surendran juga turut menegaskan gambar itu adalah palsu dan sebahagian daripada cubaan musuh Anwar untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang ekoran pilihan raya semakin hampir.
“Pemalsuan dan pengedaran gambar dan dakwaan palsu berkenaan seksual menentang Anwar telah menjadi ‘trademark’ politik yang dimainkan Umno danblogger,” katanya.
“Blogger Papa Gomo adalah terkenal untuk rapat dan hubungan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.
Tahun lalu, Anwar telah dikaitkan dengan skandal seks yang lain berikutan pengeluaran video oleh “trio Datuk T”, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Anwar menafikan beliau merupakan lelaki dalam video seks dan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka sehari selepas video itu ditayangkan kepada media.
Pada 24 Jun, trio “Datuk T” mengakui untuk saringan video seks dan telah didenda RM5,500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Shazryl Eskay dan Shuib telah bersama dituduh memaparkan kandungan video lucah secara umum manakala Rahim dituduh bersubahat dengan mereka.
Dalam pembelaan mereka, mahkamah mendengar bahawa seorang pakar Amerika telah mengatakan bahawa lelaki dalam video adalah Anwar.


TR : ..jadi memang BENAR la memang Anwar Ibrahim adalah orang yang sama dalam pengedaran gambar video tersebut, jika tidak masakan dia menyaman PapaGomo

No comments:

Post a Comment