Semalam, calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13
telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73
kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan
DAP 102.
Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7
penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan. Bagi Sulabayan, pertandingan
adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal,
Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil,
Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi.
Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming,
Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie
Japat dan Mohd Manuke.
Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama
sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen
Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara
Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang
Takir.
Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk
menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua
Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR.
Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan
Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar
Ibrahim. Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar
kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.
Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk
membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat. Ini
kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai
seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi.
DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan
calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa
apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan
pakatan mereka. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang
sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS
tersebut dalam soal agama Islam.
Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi
hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga
spiritual.
Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di
sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak
lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.
Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung
tidak menghormatinya. Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh
pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.
Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas
yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR.
Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan
malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur
langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.
Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai
skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia.
Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh
pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat
nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu
memimpin melalui tauladan. Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar
Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.
No comments:
Post a Comment