INILAH LEMBU YANG DIPECAT DARI PETRONAS
KERANA DIDAKWA MEMBUAT TUNTUTAN PALSU
Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya
diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan
mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.
Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang
Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan
teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas
sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi
juga melibatkan tuntutan palsu.
Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi
dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal,
aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam
Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak
kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak
keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi
memecat dirinya sendiri tempohari!
Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama
seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual
aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan
Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam
http://mymassa.blogspot.com/2013/04/penyelesaian-talam-anwar-khalid-kongsi.html
Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi
sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset
hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang
terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.
Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga
melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan
nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera
(Cash).
Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan,
sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.
Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar
Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki
keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV,
bodyguard dan pengawal keselamatan!
Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah
peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin
rendah nilainya?
Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak
berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini.
Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang
direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira
hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah
dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and
ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah
RM15,001,451.90.
Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti
berikut;
Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407
Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3
November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan
Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm
amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat
berikut;
(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat
seterusnya")
Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan
hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut
menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang
tertunggak.
Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest
sebanyakRM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan
mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang
dinyatakan di atas. !!!
Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan
AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi
mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.
Bersambung...DI SINI
No comments:
Post a Comment