Thursday, 6 December 2012

Rasuah, Rasis : DAP Patut Cermin Muka Sendiri Sebelum Tuduh Orang Lain


Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar mempersoalkan tindakan DAP yang langsung tidak menjawab dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Ibrahim tentang rasuah dan pendirian rasis parti tersebut, seolah-olah membenarkan dakwaan bekas naib Pengerusi DAP itu.
Jelasnya, DAP sebagai sebuah parti yang konon-kononnya telus, tidak rasuah dan terbuka untuk semua kaum, sepatutnya menjawab dakwaan Tunku Aziz sekiranya parti tersebut di pihak yang benar dan tidak melakukan perkara sepertimana yang didakwa.
“Kami sebagai rakyat merasa pelik, mengapa DAP kali ini diam membisu seribu bahasa? Kalau nak menghentam orang Melayu, UMNO atau dasar kerajaan, merekalah nombor satu. Tapi bila kena batang hidung sendiri, senyap sunyi macam ‘ayam berak kapur’.
“DAP sebagai sebuah parti yang kononnya berintegriti dan telus, jawablah dakwaan Tunku Aziz tu, samada ia betul atau tidak. Kalau tak betul, bagi bukti atau saman Tunku Aziz. Jangan buat tak tahu saja. Kalau DAP diam, maknanya betullah dakwaan Tunku Aziz tu. Maknanya apa yang DAP kata sebagai sebuah parti terbuka dan telus ini bohonglah semata-mata,” tegas beliau kepada UMNO-Online.
Justeru itu kata beliau lagi, DAP sepatutnya mencermin dulu muka sendiri sebelum menuduh parti lain mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain tuduhan lagi.
“Isu rasuah yang didakwa oleh Tunku Aziz dilakukan sendiri oleh kepimpinan peringkat tertinggi iaitu Lim Guan Eng. Kalau pemimpin peringkat tertinggi pun amal rasuah, bermakna memang DAP parti yang merestui rasuah.
“Begitu juga dalam isu kronisme. Kalau kita lihat, semua parti dalam Pakatan Pembangkang, parti yang amalkan kronisme dan pentadbiran Dinasti.  Dalam DAP, ada anak beranak Lim Kit Siang dan Karpal.
“Dalam PKR, ada Anwar, Wan Azizah dan Nurul. Dalam Pas pun begitu juga. Anak beranak ini memegang jawatan dalam parti pada masa yang sama. Ini bukan kronisme? Malah ini lebih teruk iaitu pemerintahan Dinasti. Jangan haraplah ahli lain akan dapat pegang jawatan tertinggi dalam parti,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment