Friday, 14 December 2012

YB KAPAR DESAK MB SELANGOR LETAK JAWATAN

Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempa
t sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.

“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.

Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

Namun ramai sudah menjangka, selepas ini para pemimpin tertinggi PKR akan tampil membuat kenyataan menyalahkan media sebagai satu cara mengalihkan perhatian rakyat. Lebih lebih lagi isu tersebut melibatkan sensitiviti kaum dan agama.








TR : jangan harap si Gagap ni nak letak jawatan, yang dia tau nak jaga DAPigs dan tokeh-tokeh rumah urut yang besepah di Selangor. Kalau masyarakat Hindu di Selangor masih lagi percaya dengan PR, beketurunan la korang melukut ditepi gantang !! 

No comments:

Post a Comment