Belagak Pandai, Tapi Bodoh !!
Samat L Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin
Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah
Sulong adalah peneroka peneroka yang telah memfailkan saman terhadap Perdana
Menteri.
Pada 7 Ogos lepas, kesemua mereka yang juga peneroka felda
Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung
ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka berkenaan dengan
perkataan 'Durian Runtuh'.
Bayangkan, dari pada begitu ramai peneroka Felda, hanya
mereka ini sahaja yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, ini juga
menunjukkan betapa puak Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan rakyat dalam
fitnah mereka.
Merujuk kembali kisah tersebut, mereka mendakwa bahawa
ucapan Perdana Menteri di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain
membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan
tidak setia dalam perjuangan.
Hanya 8 orang yang memfailkan saman, tapi diluar mahkamah
pula terdapat kira kira 600 orang mewakili seluruh peneroka Felda menunggu
menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa
sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".
Mahkamah juga memerintahkan plaintif (peneroka) membayar
RM3,000 setiap seorang kepada defendan (Perdana Menteri). Persoalannya ialah,
duit 'Durian Runtuh' yang diberikan oleh Felda kepada peneroka peneroka yang
memfailkan saman ini habis digunakan untuk kepuasan puak pembangkang.
Sudah sudah le jadi alat atau perkakas kepada pembangkang,
tidak ada keuntungan yang mampu diberikan oleh pembangkang melainkan merugikan
para peneroka, Mazlan Aliman yang beriya iya untuk menentang penyenaraian FGVH
sehingga saman ini dibuat harus bertanggungjawab dan seharusnya membayar kos yang
diperintahkan oleh mahkamah tersebut.
TR : Percuma saja dapat "durian runtuh" tapi kena bayar pada defenden. Kalau bukan kerana defendan, jangankan "durian runtuh", daunnya pun belum tentu dapat.
No comments:
Post a Comment