Wapaupun kisah penghinaan terhadap DYMM Tuanku Sultan Johor telah berlalu dan berlaku,
elok juga kita jadikan renungan agar anak-anak kita tidak terus terpesong dan dipesong oleh parti pembangkang.
'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'
''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku
biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal
dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti
Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak
Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka
sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya,
tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya
ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan
Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan
tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin
dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan
isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor
di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki
sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi,
kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir
dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala
isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri
berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan
isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi
baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak
sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun
emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan
parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan
kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak
saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.
No comments:
Post a Comment