Ahli keluarga Aminulrasyid
Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar
bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada
malam kejadian.
“Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami
kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.
“Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu,” kata
Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.
Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan
dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.
Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain
daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan
keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap
anaknya.
“Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi
(mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100
peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena
tembakan.
“21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak
boleh terima..terlalu kecewa sangat,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan
untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa
diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.
“Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan
mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai
niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan
kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk
membela diri.
“Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita
memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya
walaupun dalam kes yang kecil,” katanya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada
tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima
rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang
dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu
melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu
Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Antara Pos
Kita sebenarnya simpati kepada mereka.Kita faham perasaan mereka. Dalam
masa yang sama mereka juga harus faham perasaan orang lain.....
Tetapi cara dan gelagat mereka seolah-olah tragedi yang berlaku,
kesalahan perlu diletakkan diatas bahu polis 100 peratus. Seolah-olah mereka
sekeluarga langsung tidak bersalah.
Lain kali jaga anak yang dibawah umur baik-baik......jangan biarkan
anak keluar tengah malam sampai awal pagi.
Lain kali ajar anak, kalau polis arah berhenti tolong berhenti. Jangan
lari atau ingkar arahan polis.....
Tidak akan timbul soal 21 das atau 5 das jika patuh pada arahan polis
supaya berhenti.
Cuba anda bayangkan jika polis terpaksa mengejar hingga 6 km, apakah
patut polis hanya perlu mengeluarkan cota untuk mengarahkan kereta itu berhenti
? Tambahan pula dalam suasana yang gelap
di awal pagi. Di kawasan yang banyak berlaku kejadian pecah rumah....
Sekarang mereka mula pusing cerita kononnya anak/adik mereka kerana
kesalahan tiada lesen memandu.
Cuba nak spin pula......
Nak spin pun spin lah......silap hari bulan terbelit leher
sendiri......
Elok-elok masyarakat simpati kelak masyarakat jadi menyampah......
p/s : TR pun naik menyampah dengan kedua ibubapa arwah yang cuai dlm memastikan anaknya tidak keluar rumah sesuka hati
kredit pada : http://www.rbfonline.net/2012/12/jangan-sampai-simpati-bertukar-jadi.html
No comments:
Post a Comment