Monday, 31 December 2012

PANAS : BAKAL CALON BN ADALAH PILIHAN RAKYAT, BUKAN PILIHAN 'TANGAN-TANGAN GHAIB' TERTENTU DALAM PARTI




Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu.
Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.
“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di Putrajaya, Sabtu. ..selanjutnya diSINI
TR : sebenarnya TR sangat TIDAK BERSETUJU bila dikatakan bakal calon BN ADALAH PILIHAN RAKYAT. Sejak bila pula rakyat yang memilih calon. Rakyat hanya memilih ketika pilihanraya. 



No comments:

Post a Comment