Saturday, 15 December 2012

DAP bergelora dari pertembungan empat faction !!

Pemilihan jawatan di Kongres DAP ke 16 dilihat sebagai pertemungan kuasa yang paling sengit pernah dilihat.

Sebagaimana yang sudah dijangka, kalangan perwakilan dan ahli-ahli DAP sedang hangat memperkatakan mengenai wujudnya 4 faction:

(1) Faction Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang
(2) Faction Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham
(3) Faction Teng Chang Kim dan pasukan rainbow
(4) Faction selatan yang diketuai Boo Cheng Hau

Baca SYA SINI mengenai factionalism dalam DAP.

Disebalik dinamik di dalam kelompok kaum India dalam DAP, keempat-empat faction memerlukan sokongan daripada pemimpin-pemimpin dari kalangan Sikh/India seperti Karpal Singh, Dr P Ramasamy (AP Batu Kawan), M kulasegaran (AP Ipoh Barat); Ganabatirau; Sivakumar (ADUN Tronoh dan bekas Speaker DUN Perak) dan Sivasubramaniam (ADUN Buntong).

Difahami bahawa pergeseran di antara P Ramasamy dan Karpal Singh yang didalang oleh Lim Guan Eng sudah berakhir dengan kesediaan Karpal Singh untuk berkompromi demi membolehkan dua anaknya untuk kekal.

Faction keluarga LIM masih dianggap paling favourite. Baca The Star di SINI.

Agenda Lim Guan Eng adalah untuk mencantas semua musuh-musuh politiknya sebelum PRU13. rancangan Lim Guan Eng adalah untuk menyediakan Anthony Loke sebagai penggantinya sebagai Setiausaha AGong selepas term ke tiga kelak yang mana dia tidak lagi boleh memegang jawatan tersebut.

Kini Guan Eng sedang mensasarkan untuk menjatuhkan Karpal Singh dari Jawatankuasa Pusat dan dengan ini membolehkannya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP kelak.

Namun begitu Karpal Singh masih mempunyai pengaruh. Bekas auditor DAP Selangor, Tan Tuan Tat secara terbuka memberi sokongan kepada Pengerusi karpal SIngh dan Timbalan Tan Seng Giaw. Baca di SYA SINI

Dalam Lim Guan Eng merancang, faction lain juga sedang merancang untuk menggugurkannya dan Teng Chang Kim dilihat sebagai calun yang boleh mengambilalih jawatan Setiausaha Agong dari Guan Eng. 

Difahamkan wujud juga kerjasama antara Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Kesidang), Dr Boo Cheng Hau dan Teng Chang Kim untuk memastikan Lim Guan Eng dikalahkan dalam perebutan untuk mengggotai jawatankuasa Pusat.

Tujuan disebalik konspirasi tersebut adalah supaya Lim Guan Eng tidak dapat menentukan calun untuk PRU13 kelak.

Penentangan paling kuat terhadap Lim Guan Eng datang dari Melaka dan dipercayai Goh Leong San mempunyai agenda sendiri untuk memguasai DAP Melaka.

Tidak boleh ditolak kemungkinan munculnya penentangan dari Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang yang merupakan anak tempatan yang telah berusaha dan lebih diterima DAP Pulau Pinang untuk memegang jawatan ketua Menteri tetapi dicuri oleh Lim Guan Eng.



kredit pada : theunspinner

No comments:

Post a Comment