Deiiiii .... lu ingat saya takut kaa ...
AIDCNews – 26/12/12 – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan
Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi
defenden mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman
fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.
Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua
Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan
justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka
bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi
kes liwat Anwar pada 1998.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membuat
keputusan berdasarkan permohonan Anwar September lalu yang memohon untuk
membuang beberapa kenyataan di mana Anwar tidak berpuas hati apabila pihak
defenden telah memasukkan keputusan mahkamah kes liwat yang terdahulu dalam
pembelaan mereka. Mahkamah Tinggi hari ini juga turut menetapkan 18 Jan untuk
pengurusan kes saman itu.
Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan
berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama
baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac
bertajuk ““Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla”.
Dalam kenyataan pembelaan bertarikh 23 Mei 2012,
Nallakarupan memberi kenyataan berdasarkan kes-kes mahkamah yang pernah
dihadapi Anwar termasuk kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Munawar Annes,
Azizan Abu Bakar dan Shamsidar Taharin untuk membuktikan bekas Timbalan Perdana
Menteri itu adalah seorang biseksual.
Nallakarupan yang lebih dikenali sebagai Nalla merupakan
bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh majikannya,
Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.
Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar
menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik
menjadi Menteri Kewangan.
Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan
tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.
Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari
Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun
1993 hingga 1998.
Ini membuktikan hubungan mereka telah lama terjalin yang
membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan Anwar adalah
biseksual.
sumber : AIDCNews
No comments:
Post a Comment