Monday, 31 December 2012

Anti Lynas: Mogok Lapar Atau Berlagak Lapar? Kan Dah Kantoi…



Sedari awal lagi dah ramai yang menjangkakan kempen mogok lapar sebagai bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas hanyalah satu propaganda politik yang mengarut tajaaan parti pembangkang yang tujuannya sekadar untuk menarik perhatian umum.


Malah sejak kempen ini diwar-warkan pada umum ramai yang agak meragui para pesertanya akan benar-benar sanggup berlapar 100 jam tanpa makan, sementelah lagi kempen berjalan kaki 300km dulu pun dilakukan secara bermuslihat untuk mengabui pandangan ramai.

Bila sahaja kempen mogok lapar ini bermula pada 27 Disember 2012 pun sudah menunjukkan tanda-tanda ia akan gagal apabila hanya sekitar 50 hingga 60 orang sahaja yang ‘membanjiri’ satu sudut Dataran Merdeka bertentangan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Semalam (30 Disember 2012) telah masuk hari ke-4 kempen mogok lapar berlangsung yang turut melibatkan beberapa orang peserta kanak-kanak. Kebetulannya angka 4 bagi masyarakat Cina bermaksud ‘si’ ataupun ‘mati’, satu angka yang dianggap suwey dan sial.  selanjutnya diSINI

No comments:

Post a Comment