SHAH ALAM - Kerajaan Selangor masih gagal memberikan sebarang penjelasan berkenaan pendedahan oleh Saketariat Orang Muda Selangor (SERANG) berkenaan perbezaan angka rumah kos rendah yang kononnya dibina oleh pihak kerajaan Selangor.
Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan kerajaan Selangor yang enggan memberi penjelasan menguatkan lagi spekulasi bahawa memang benar wujud penipuan mengenai angka pembinaan rumah kos rendah yang didedahkan sebelum ini.
"Sekali lagi, kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan Selangor terutamanya Exco yang terlibat supaya tampil bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor tentang hal yang sebenar," ujarnya. ..selanjutnya diSINI
No comments:
Post a Comment