Saturday, 29 December 2012

Nik Ajis Jangan Jadi Pendusta !!!


Kami bergabung HALAL

Nik Aziz tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya sendiri dan ini membuktikan Nik Aziz ialah seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Sikap tidak konsisten Nik Aziz ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan hanya kerana berkawan dengan MCA dan tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang Nik Aziz sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. 

Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jingga dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'HUDUD DAN NEGARA ISLAM tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya NIk Aziz?

No comments:

Post a Comment