Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS.
Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota
Wira, Ulu Sepetang Taiping.
Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari
kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad
Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr
Muhammad Nur Manuty.
Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan
rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS.
"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak
akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh
bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"
Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan
bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan
tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang
dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang
dikehendaki oleh Datuk Fauzi.
“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih
konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih
politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas
adalah lebih syumul."
“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada
Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak
nampak, sekurang-kurangnya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”
Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini
menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam,
namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3.
Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3)
sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang
dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.
“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri,
oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini
berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.
“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya
kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh
anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak
ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita
di lobi Parlimen.
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh
media dan bukannya anggota PAS.
Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal
oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika
meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri
untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi
PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang
sememangnya wujud dalam PAS.
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan
dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya.
Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga
anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga
keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju
neraka. Allah berfirman :
”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)
TR : hamPAS meruntuhkan institusi kekeluargaan, merosakan kesucian agama Islam, nama parti bertopengkan syaitan !!
PIntu UMNO sentiasa terbuka, hanya UMNO yang memperjuangkan, dan mempertahankan agama Islam, mengangkat dan memartabakan agama Islam.
No comments:
Post a Comment