Pulau Pinang pada Sabtu ini (15 Disember 2012) dikatakan
akan menjadi penentu untung nasib beberapa 'otai' DAP Pusat. Antaranya yang
begitu disebut-sebut ialah survival 'singa DAP', Karpal Singh.
Desas-desus bertiup kencang mengatakan Pengerusi DAP itu
bakal 'tersungkur' untuk mempertahankan kedudukannya dalam Jawatankuasa Kerja
Pusat (CEC) pada pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 itu.
Dikatakan, satu puak dalam parti itu yang begitu bercita-cita
untuk ke Putrajaya tidak begitu senang dengan kelibat Karpal yang agak
merencatkan 'niat' mereka. Ini terutama apabila melibatkan kompromi mereka
dengan Pas berhubung hukum hudud dan pelaksanaan negara Islam.
Karpal diketahui umum begitu lantang mengkritik hala tuju
Pas yang jelas bertentangan dengan prinsip DAP yang mengimpikan negara sekular.
Isu-isu berkaitan ini sering dibangkitkan oleh Karpal dari semasa ke semasa.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering mengkritik corak
kepimpinan kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah sejak akhir-akhir ini. Kritikan
Karpal dikatakan mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin DAP, Pas dan
PKR. Disebalik pendirian politik Karpal, kumpulan berkenaan bercia-cita besar
untuk berkuasa sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Terbaru, Karpal mengundang kemarahan pemimpin-pemimpin DAP
apabila mendesak supaya mereka mengamalkan polisi 'satu calon, satu kerusi'.
Ini bagi memberi ruang kepada calon-calon lain untuk bertanding.
Ironinya, DAP juga satu-satunya parti politik negara ini
yang telah berdaftar dengan Pertubuhan Sosialis Antarabangsa- yang objektif
sebenar adalah perkongsian sama rata.
Dalam pemilihan kepimpinan Pusat, DAP mempunyai sistem
berbeza.Perwakilan ke kongres kebangsaan akan memilih 20 anggota jawatankuasa
eksekutif pusat. Dan 20 anggota jawatankuasa ini kemudiannya akan bertemu dalam
mesyuarat pertama, mereka akan mengundi memilih pengerusi parti, timbalan
setiausaha agung, bendahari pusat dan lain-lain jawatan utama dalam parti.
Di sebalik ini, ada ura-ura mengatakan Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng begitu berminat untuk ke jawatan Pengerusi DAP menggantikan
Karpal. Tambah-tambah lagi, jawatan setiausaha Agung DAP yang disandang Guan
Eng ketika ini hanya tinggal satu penggal lagi.
Dan walaupun Pengerusi dan Setiausaha Agung dalam DAP
mempunyai kuasa dan pengaruh yang sama, namun dalam kes ini agak berbeza. Ini
kerana Guan Eng dikatakan lebih mempunyai kuasa dan pengaruh hanya dengan
memegang jawatan Setiausaha Agung . Karpal pula walaupun merupakan pengerusi
parti, suara beliau tidak begitu penting. Apalagi dalam membuat sebarang
keputusan.
Dalam pemilihan DAP itu nanti, "puak di sana"
hanya memerlukan 11 undi dalam kalangan mereka untuk mengundi Karpal keluar
daripada pemilihan tersebut. Walaupun Karpal disegani dalam kalangan akar umbi
DAP namun mereka bercita-cita untuk mara, tidak peduli itu semua.
Dalam pemilihan di Georgetown sabtu ini, seramai 68 anggota
akan bertanding untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi CEC yang akan diundi oleh
2,500 perwakilan.
Antara yang dijangka menang mudah ialah Lim Kit Siang, Lim
Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Bintang,
Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Batu Kawan
merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy dan Ahli Parlimen
Kepong, Tan Seng Giaw.
Sementara yang dijangka merempuh laluan sukar dan mudah
cakap ialah Karpal, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Petaling
Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Rasah,
Anthony Loke, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Speaker Selangor, Datuk
Teng Chang Khim, pasangan sepupu, Nga Kor Ming serta Datuk Ngeh Koo Ham dan
ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.
Apa yang pasti, keputusan pemilihan DAP kali ini juga
dikatakan bakal menjejaskan hubungan antara pemimpin akar umbi parti andai
'puak di sana' menang besar.
Pemimpin akar umbi yang sudah bersama DAP sejak awal
dikatakan tidak berpuas hati dengan cara parti itu dipimpin terutamanya oleh
Guan Eng.
Pada masa sama, calon-calon baru parti dikatakan lebih
berpengaruh dalam membuat keputusan penting dan tidak mempedulikan sentimen
akar umbi. Kebanyakan mereka juga tidak gemar untuk bekerjasama dengan pemimpin
akar umbi.
Pekara ini juga seolah-olah direstui oleh anak-beranak, Kit
Siang dan Guan Eng sehingga lebih ramai akar umbi bertindak keluar parti atau
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat
kerana menentang parti.
Pergolakan dalaman serius yang sedang berlaku antara akar
umbi dengan 'puak di sana' akhirnya terserlah apabila Konvensyen DAP Selangor
telah diboikot dan cuma dihadiri beberapa kerat pemimpin sahaja.
Konvensyen DAP Pulau Pinang pula walaupun tidak diboikot
secara terang-terangan, namun terdapat laporan mendakwa lebih 300 perwakilan
menghilangkan diri selepas sesi pendaftaran.
Keadaan ini berlainan sekali dengan muktamar Pas atau
Perhimpuanan Agung UMNO baru-baru ini kerana para perwakilan parti berkenaan
sanggup duduk di atas lantai dan berbaris panjang demi mendengar amanat
pemimpin tertinggi mereka. Walau apa pun yang berlaku, pemerhati
berpendapat-DAP mesti profesional.
Andai Karpal diundi keluar daripada pemilihan parti kali
ini, maka ramai lagi akar umbi yang akan bangkit dan menyuarakan rasa tidak
puas hati. Juga ramai lagi yang akan bertindak keluar parti. Lebih banyak
'kemusnahan' akan berlaku dalam parti selain DAP mungkin terjejas teruk pada
PRU-13 nanti.
Karpal dikatakan 'pillar' kepada DAP. Pengaruh beliau bukan
sahaja terlihat dalam parti malah pendirian politiknya menjadi ikutan - tegas
pertahankan prinsip diri dan parti sehingga hari ini.
Ada dua perkara yang kita perlu tahu di sini , pertama
apakah puak-puak pemberontak itu berani bertindak kerana Karpal terkenal dengan
"Over My Dead Body"nya ?
Kedua , sekiranya puak pemberontak itu berjaya menjatuhkan
Karpal bermakna pemberontak dalam DAPigs lebih berani daripada si PENCACAI PAS
!!
kredit pada : MIM
No comments:
Post a Comment