Seorang warga emas kerugian RM13,500 apabila dipercayai diperdayakan
seorang ahli politik ketika menganjurkan satu konsert Persatuan Hainan Selangor
dan Wilayah Persatuan di Tian Hou Temple, di sini, pada Februari lalu.
Mangsa, Tan Kim Swee, 70, dari Pandan Perdana, Cheras di sini, kesal
dengan sikap ahli politik berkenaan yang cuba lepas tangan berhubung bayaran
tiket bagi persembahan itu.
Katanya, dia diamanahkan ahli politik yang juga Adun kawasan itu untuk
menguruskan acara terbabit dan memberi 18 buku tiket konsert bernilai RM1,000
dan RM700 bagi jumlah tetamu seramai 458 orang.
“Ini kali pertama saya ditipu
sepanjang 20 tahun menguruskan acara.
“Saya terpaksa menanggung hutang terbabit kerana penganjur mahu saya
menjelaskan wang itu segera selepas konsert habis,” katanya. Menurut Tan,
keengganan Adun itu menjelaskan bayaran kepada penganjur menyebabkan dia
terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan hutang
terbabit.
“Saya pergi ke pejabat Adun itu sebanyak tiga kali untuk meminta
kembali wang konsert, tetapi tidak dilayan dan dia memberi alasan tidak mahu
membayarnya serta menganggap ia percuma. “Saya sudah buntu bagaimana mahu mendapatkan wang saya kembali. Saya
hanya minta RM3,800, tetapi masih tidak dipedulikan,” katanya ketika sidang
media di sini, semalam.
Tan membuat laporan polis pada September lalu di Balai Polis Pandan
bagi menuntut keadilan.
p/s : pandai juga ya ADUN DAP ni menipu .. sama la dengan Ketua dia yang memang kaki penipu.
No comments:
Post a Comment