Ini bukan kisah baru,tetapi kisah lama yang belum pernah
dihebohkan kerana agak sukar untuk ‘dihadamkan’.Mungkin ia sengaja didiamkan
bagi membolehkan kita berehat seketika dari kisah-kisah skandal Anwar.Jika
setiap hari disogok dengan skandal Anwar pun,boleh muntah kita dibuatnya kerana
beliau membuat skandal hampir setiap bulan.Tetapi,apa yang pasti ialah rakyat di
seberang belum muak mendengar skandal Anwar.Justeru,kisah ini kini sedang
hangat diperkatakan di Indonesia iaitu Anwar akan berkahwin lagi dengan cewek
dari sana berusia 28 tahun yang menetap di Bandung.
Pembaca Badut Rakyat tentu
tahu bahawa selama ini Anwar ke Indonesia bukan sahaja untuk memburukkan
Malaysia,tetapi di masa yang sama turut mengambil kesempatan menjalani
kehidupan maksiatnya di sana,di mana rakyatnya lebih terbuka atas nama
pluralisme agama.Hanya di negara Islam seperti Indonesia di mana Anwar boleh
bercakap mengenai pluralisme tetapi tetap disanjung sebagai pemimpin Islam
sejati.Oleh itu,kisah Anwar berhubungan dengan ‘anak-anak ikan’ Indonesia
adalah kisah biasa yang sudah dijangka dan tidak lagi mengejutkan kita.
Kisah
bahawa Anwar cuba dirawat oleh orang alim Indonesia bagi mengekang selera
homoseksualnya juga sudah banyak kali terdedah.Tetapi,kisah bahawa Anwar punya
hubungan dengan wanita Indonesia yang sedang heboh di sana masih belum
benar-benar sampai ke telinga rakyat Malaysia. ... selanjutnya diSINI
No comments:
Post a Comment