Friday, 25 January 2013

RAJA NAZRIN KECAM TINDAKAN RENDAHKAN AGAMA ATAS TUJUAN POLITIK!


Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah, perbuatan merendahkan agama Islam mahupun agama lain demi mendapatkan laba politik sebagai perbuatan tidak diasaskan kepada roh agama sebenar dan berkemungkinan besar menjadi perosak hubungan harmoni antara agama.

Titah baginda, isu agama seharusnya ditangani dalam semangat dan roh agama, di kalangan ulama dan individuyang arif dalam ilmu agama bagi mencari penyelesaian dan bukan secara mensensasikan isu agama demi mendapat laba politik.

“Rasulullah S.A.W sentiasa menegaskan bahawa keadilan adalah prasyarat kepada keamanan.

“Sikap menghormati pihak lain betapa sekali perbezaannya akan meningkatkan kemuliaan seseorang insan malah ummah harus bijak menganalisis mengapa Baginda memilih kalimah seruan yang merangkumi seluruh manusia,” titah baginda pada perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Jaya Utara, dekat Sungkai hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan.

Raja Nazrin bertitah, kebelakangan ini garis sempadan yang menyentuh tentang agama Islam kelihatan mula dilanggar.

Malah, terdapat segelintir dikalangan individu bukan Islam semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam atau dalam ucapan memetik contoh tidak tepat melukiskan imej Islam secara negatif.

Baginda bertitah, perbuatan tersebut bukan hanya melanggar adat resam beragama secara aman dan harmoni, malah dilihat sebagai perbuatan memiliki unsur-unsur menghina agama Islam.

Baca seterusnya di Perak Today... 

Juga anda boleh baca tentang Sambutan Maulidur Rasul di Perak. Klik sini

No comments:

Post a Comment