Thursday, 31 January 2013

KHALID GAGAP YANG SEMAKIN PANAS...




Tidak lama dulu, Menteri Besar Selangor yang gagap, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tegas membayangkan kerajaan negeri tidak akan membuburkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Kerajaan Pusat dengan alasan ia tidak perlu berbuat demikian kerana tempah pemerintahnya masih panjang dan banyak perancangan untuk rakyat boleh dibuat. 

Bagaimanapun, tiba tiba saja, apa mimpinya malam tadi, hari ini Khalid mengumumkan cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. 

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). "Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya. 

Bagaimanapun Sepatutnya Khalid tidak perlu menjadi kalam kabut untuk membuat cadangan berkenaan kerana kerajaan pusat juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk menangguhkan lagi pilihanraya kerana tempohnya sudah semakin hampir iaitu 23 April atau selewatnya 60 hari selepas tarikh berkenaan. Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempunyai alasan yang cukup kukuh sebelum beliau membuat keputusan tarikh pembubaran Parliman dan menasihatkan kerajaan negeri turut membuat pembuburan serentak sebagaimana tradisinya sebelum ini. 

Barangkali ini juga antara transformasi yang akan diperkenalkan Najib selepas ini iaitu tempoh untuk diadakan pilihanraya umum adalah sehingga tempoh akhir tarikh penggal Dewan dan tidak lagi diadakan selepas empat tahun sebagaimana sebelum ini.

Bagaimanapun Khalid yang agak tertekan dengan pelbagai isu yang sedang melanda pentadbiran beliau selama hampir lima tahun ini tidak lagi merasa selesa hinggakan terpaksa mempercepatkan pembubaran Dewan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat yang semakin kuat menolak beliau. Isu bekalan air, konsesi pasir, krisis dengan Syabas, penjualan aset keraajan negeri dan sayikat milik kerajaan negeri, tindakan saman daripada ibu ibu tunggal yang tertipu dengan janji kerajaan negeri, kes tanah orang asli di Langat yang di kebas oleh puak puak mereka cukup untuk memanaskan katil dan kerusi empuk Khalid.
Malahan tekanan dari Puak Azmin Ali yang semakin rakus untuk merebut kerusi empuk Khalid juga antara dorongan untuk beliau mempercepatkan pembubaran bagi mencari nyawa baru politiknya. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

No comments:

Post a Comment