Monday, 28 January 2013
CILI KASI TARUK! BLOGGER PAKATAN SYAITAN SANGGUP IKUT TELUNJUK ZIONIS ISRAEL DEMI ANWAR!
Memang kecoh di laman-lama blog Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Presiden Palestine, Mahmood Abbas kurang senang dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke bumi Palestin, atau lebih tepat lagi ke Gaza.
“Meriah” sungguh mereka menyerang dan menyebarkan cerita itu ke seluruh negara bagi memperlekehkan lawatan Datuk Seri Najib ke sana. Harapan mereka agar rakyat kononnya akan turut memandang serong kepada beliau…
Tapi secara logiknya jika difikirkan, apakah masuk akal dakwaan mereka bahawa Mahmood Abbas tidak tahu tentang lawatan Najib itu ke Gaza? Sedangkan Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang sudah semestinya tahu tentang protokol dan menghormati “tuan rumah”.
Rupa-rupanya, berita itu adalah fitnah semata-mata dan Najib sendiri menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan lawatannya ke Gaza kepada Mahmood sebelum melawat ke kawasan yang ditindas Israel itu.
Selidik punya selidik, rupanya pihak pertama yang melaporkan berita “kemarahan Mahmood Abbas” itu ialah sebuah media di Israel, The Times Of Israel, di dalam kolum khas, Israel & The Region. Dari situlah para blogger Pakatan Rakyat kutip berita rupanya…
Persoalan terbaik kepada tindakan blogger-blogger itu, sejak bila pula mereka percaya kepada puak-puak rejim Zionis Yahudi Israel itu?
Di antara kenyataan dari pihak Yahudi yang menyokong kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, dibandingkan dengan kenyataan dari seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sering membantu umat Islam di Palestin, yang mana satukah yang kita percaya?
Percaya kepada media propaganda Yahudi atau seorang muslim yang begitu ikhlas melawat saudara seagamanya yang tertindas?
Baca seterusnya di Perak Today...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment