Monday 28 January 2013

Kalimah Allah!! Pakatan Dengan Agenda Mensyirikkan Umat Islam


NASER DISA



Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009. Peguam Mohd Naser Disa menganggap propaganda gereja meletakkan ‘Allah’ sekadar istilah terjemahan sahaja adalah agenda yang bahaya kerana ia akan meletakkan penganut Islam ke lembah kesyirikan.
“Tuntutan mereka di mahkamah itu pun, mereka menggunakan, asas mereka berkata dalam bahasa Melayu, terjemahan kepada perkataan God adalah Allah. Ini pun tak betul. Cari dalam kamus mana pun, perkataan God terjemahannya adalah Tuhan bukannya Allah. Allah ini bukannya terjemahan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Bukan juga terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
“Jadi sekarang Tuan-tuan, saya nak bagitahu, sesiapa yang bersetuju orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah ini, sebenarnya seolah-olah kita bersetuju dan kita redha dengan pandangan mereka bahawa perkataan Allah ini adalah sekadar terjemahan.
“Tuan-tuan beriman dengan terjemahan? Siapa yang beriman dengan terjemahan, sebab itu saya rasa inilah asas kenapa Dr. Harun Din kata berhati-hati, ia boleh membawa kepada syirik.
“Kita bukan beriman dengan terjemahan. Kita beriman dengan Allah kerana Allah adalah nama khas. Kita sebut Bismallahirahmanirrahim…bismillah dengan nama Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan, dia bukan umum yang bermaksud sama erti dengan Tuhan.
“Mereka nak gunakan dalam Herald itu adalah sebagai terjemahan. Jadi maknanya, satu hari nanti… sekarang pun orang Islam ini hanya beriman dengan “konsep terjemahan”. Bukannya satu nama zat Allah itu sendiri,” katanya pada “Forum Polemik Isu Kalimah Allah”, Auditorium UIAM, Gombak, anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), 20 Januari 2013.
Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.
“Profesor Syed Naquib pernah berdebat dengan mereka ini ketika beliau di ISTAC dan beliau telah menjelaskan bahawa Kalimah Allah tidak dapat digunakan oleh umat Kristian kerana mereka tidak menyifatinya sebagai semestinya.
“Mereka nak gunakan itu sebagai istilah terjemahan. Syed Naquib kata, itu pun tak boleh. Kerana apa, kerana mereka tidak menyifati, mereka tidak mengiktiraf sifat-sifat Allah ini dengan sebenarnya.
“Saya melihat di sini implikasinya. Implikasi kepada salah penggunaan ini adalah mereka akan menganggapkan bahawa apa saja yang mereka sembah itu adalah Allah. Ini implikasinya. Ada setengah orang tak nampak. Kita kata, kita nak berdakwah kepada mereka, mereka nak gunakan nama Allah, baguslah. Mereka nak menganggap Allah itu sebagai Tuhan. Itu bukan situasinya. Silap orang kata ni.
“Kita ghairah nak berdakwah kepada mereka. Mereka bukan nak menganggap Allah itu Tuhan. Mereka nak menganggap bahawa Tuhan-tuhan mereka itu adalah Allah. Itu keadaannya.”
Menurutnya, jika mahkamah membenarkan terjemahan Tuhan kepada Allah akan menyebabkan semua tuhan-tuhan termasuk Jesus, Mary dan berhala-berhala boleh dianggap sebagai ‘Allah’.
“Allah apa, ikut suka depa lah. Hak tepi jalan hak pokok-pokok depa ikat dengan tali kuning itu, itu pun mereka letakkan sebagai Allah. Itu implikasinya.
“Kerana Allah ini hanyalah sekadar makna terjemahan, terjemahan kepada perkataan ‘God’ ataupun sama erti dengan perkataan Tuhan. Ini bahaya. Tuan-tuan dan Puan-puan bayangkan, kalau begitu keadaannya, mereka menganggap Tuhan kita begitu hina digunakan begitu, apa akan jadi kepada orang Islam?”.
Selain itu, peguam Naser Disa turut mempersoalkan kenapa tuntutan Allah dibuat pada tahun 2009, ketika pakatan pembangkang menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12.
Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah serta dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas).
“Bukti yang mereka gunakan nak support tuntutan mereka very bad. Dia kata, orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan, lama meggunakan istilah Allah ini. Itu yang dia orang dakwa. (Tetapi) Bukti tak ada.
“Mereka hanya mengemukakan satu terjemahan yang dibuat oleh Munshi Abdullah terhadap kitab Bible ini. Munshi Abdullah sorang saja yang menggantikan perkataan God itu kepada perkataan Allah. Itu dah berapa ratus tahun lalu.
“Mereka kata, menunjukkan bahawa memang mereka selepas daripada Munshi Abdullah terjemah itu, mereka gunakan istilah Allah, (tetapi hakikat sebenarnya) tak ada.
“Malah kalau tuan-tuan ingat tahun 1970-an, 80-an, kalaulah ungkapan Allah ini, ungkapan yang berunsurkan Islam digunakan, mereka akan bangkit, mereka akan menentang, mereka akan kutuk kita kerana tidak memberikan hak kebebasan beragama. Itu dulu.
“Tapi apabila sekarang ini mereka melihat cara ataupun strategi mengelirukan umat Islam ini berjaya di Indonesia, sekarang mereka sudah mula nak guna sebab di Indonesia telah berjaya. Dan saya percaya yang di Sarawak itu pun sebenarnya berasaskan kepada apa yang telah dibuat oleh rakan-rakan Kristian mereka di Indonesia. Buku-buku itu dibawa masuk. SIB, Sidang Injil Borneo bawa masuk buku-buku daripada Indonesia. Itu sahaja hujah mereka”.
Tentang pendirian seorang bekas Mufti yang menyokong ‘Allah’ kepada Kristian, Naser Disa berkata beliau bukan berlatarbelakangkan perundangan untuk memahami secara mendalam tentang perlembagaan.
“Jadi, saya nak beri nasihat kepada tak kiralah bekas Mufti ke, Professor Madya ke apa ke, tak payah nak tunjuk atau kata seolah-olah awak adalah lebih baik atau pemikiran awak lebih cekap, kerana undang-undang sudah ada. Hanya awak yang tak tahu. Kalau awak tak tahu, awak cuba belajar.
“Walaupun awak professor, walaupun awak bekas Mufti, di Perlis pun sudah ada undang-undang itu. awak tidak boleh dalam masa sama ketika bertugas sebagai Mufti, awak dakwa, oh undang-undang itu tak dikuatkuasa, tak boleh guna.
“Bila awak dah jadi bekas atau mantan Mufti, awak dakwa (pula) oh mereka pun ada kebebasan. Mereka boleh guna nama Allah ketika nyanyi lagu negeri-negeri. That is not issue. Jangan cuba confuse orang Islam.”

No comments:

Post a Comment