Tuesday, 29 January 2013

PANAS BERAPI! KRISTIAN NAK TENTUKAN KHUTBAH JUMAAT PULAK DAH?


Penulis rasa masanya sudah sampai wartawan dari media pro Pakatan Rakyat seperti Malaysian Insider yang membakar sensitiviti orang Islam dengan membangkitkan bantahan paderi-paderi Kristian di negara ini berhubung khutbah Jumaat semalam, diambil tindakan dibawah peruntukan undang-undang negara dengan segera. 

Khutbah Jumaat itu (yang didakwa disediakan JAKIM) dikatakan membangkitkan satu keadaan ‘tidak toleran’ di kalangan penganut 2 agama ‘dominan’ ini. 

Sejauh mana benarnya tak tahulah sebab penulis berada di masjid semalam tak pula rasa khutbah itu membangkitkan kebencian kepada sesiapa. 

Tapi bercakap tentang agama dominan ini satu hal juga, Islam dianuti lebih 60% rakyat Malaysia, Kristian hanya 9%, tang mana pulak Kristian itu dominan? 

Penulis lihat, seorang wartawannya sangat aktif menulis tentang isu-isu sensitif membabitkan kalimah Allah ini sejak isu ini meletup semula, kononnya pemberitaan seperti itu wajar kerana berasaskan perintah Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian. 

Tanpa menyentuh bahawa, perintah itu telah digantung sementara menanti rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi. Perintah penggantungan itu pula dibuat oleh hakim bicara sendiri lanjutan dari permohonan penangguhan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Bila digantung, bermaksud perintah hakim berkenaan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam majalah mingguan mereka The Herald sebelum itu, tidak boleh terpakai sehingga diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Ini yang wartawan berkenaan faham tapi sengaja buat-buat tak faham.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments:

Post a Comment