Wednesday 30 January 2013

KERAS MACAM BESI, SENDAT DAN KETAT... MEMALUKAN MELAYU DAN ISLAM SAJALAH!!!



Islam memang menggalakkan umatnya mencari rezeki dengan berniaga sehinggakan umat Islam diberitahu bahawa 9/10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Tetapi Islam juga memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh umat Islam yang berniaga. Bukan main hentam keromo dan mengikut jejak langkah Zionis yang tidak sahaja menipu timbangan dan sukatan, bahkan sanggup melakukan apa-apa sahaja, asalkan produk perniagaan mereka laku dan laju.

Perhatikanlah iklan yang dipaparkan di atas. Apa yang anda fikir?

Seorang wanita bertudung dan kelihatan menutup aurat, tetapi 'aurat' yang lain telah dibuka dan diberitakan bahawa DIA SENDAT DAN KETAT... ABANG HARI-HARI MELEKAT, manakala si lelaki pula berketayap dan kelihatan macam muka lelaki PAS totok tetapi ABANG KERAS MACAM BESI.

Barangkali pemilik syarikat D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk serta iklan tersebut, sangat berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan. Dengan menjadikan imej Islam sebagai bahan dagangan dan pengiklanan, tetapi sebenarnya dijadikan bahan lawak jenaka dan daya tarikan murahan, boleh jadi pemilik syarikat tersebut boleh mengembangkan dadanya seluas-luas mungkin. (PROFAIL SYARIKAT YANG MEMPERNIAGAKAN KEMALUAN INI ADA DI SINI)

Amat memalukan kerana syarikat tersebut dimiliki oleh pasangan suami isteri berbangsa Melayu dan besar kemungkinan juga beragama Islam!

Kut yer pun nak  berniaga, berniagalah dengan baik tanpa perlu memalukan bangsa dan agama!


No comments:

Post a Comment