Sunday 27 January 2013

DEWAN PEMUDA PAS BACUL- Wan Khairul



Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mmpertahankan rakan dalam Pakatan Rakyat mengenai isu peggunaan Kalimah Allah jelas menampakkan sayap ini amat takut sehingga mnjadi bacul dlm mmperjuangkan agama islam. Kenyataan ini juga mggambarkan bahawa betapa DPP sanggup menggadai apa saja yang mereka selama ini perjuangkan hanya semata utk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu isu yang sepatutnya mereka mengepalai sebagai parti islam. 

Presiden Ombak,Wan Khairul Ihsan berkata, tindakan itu akan menyebabkan umat Islam akan lebih keliru, terutama ahli mereka sndiri bila Majlis syura brrtegas bahawa Kalimah Suci ALLAH itu hanya untuk org Islam sahaja. Sebaliknya Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan bahawa mereka menerima perbezaan pendapat kerana mengamalkan demokrasi. 

Tambah Wan Khairul, ini salah satu kenyataan Bacul dan Dayus yang terkeluar dari sebuah Sayap parti itu yang langsung tidak memikirkn kesan dan impak kepada kenyataan mereka. "Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari Dewan Pemuda dalam isu kalimah Allah agar rakan rakan dalam pakatan tidak lagi mmpermainkan isu yg cukup snsitif dan banyak menimbulkan kekeliruan terutama kepada ahli mereka sendiri
"Ternyata sayap ini bukan lagi kumpulan pendesak dalam parti sebaliknya terlalu bermain politik sehingga saggup mempertahankn DAP dan PKR untuk terus rasa selesa dalam mengganggu gugat soal agama islam, tambah Wan Khairul lagi. Katanya, ini bukan isu ijtihadiyah setempat, ia soal pegangan dan aqidah umat islam khususnya di Malaysia. 

Sehubungan itu beliau mengesa kenyatan ini harus d tarik balik dan Nik Abduh harus melihat perjuangan asal pemimpin terdahulu dalam Pas kerana mereka seharusnya menjadi penghubung kepada pimpinan zaman bukan menjadi Hero kpd PKR dan DAP yang terang terang sudah brkali kali membicarakan soal agama islam tanpa ada rasa hormat dan sensitif kepada umat Islam. 

Kelaknatan DAP boleh bertambah kuat sekiranya ada manusia seperti Dewan Pemuda Pas ini "Rakyat boleh melihat kebenaran ini dan harus bijak dalam menilai hujah golongan yang memperjudikan agama hanya semata mata untuk nafsu bagi menakluki Putrajaya "Islam di letak di belakang kupiah dan Jubah digunakan untuk mengaburi mata dan hujah hujan dalam bahasa arab digunakan untuk mengaburi fikiran ahli mereka." tambah beliau lagi.

No comments:

Post a Comment