Sunday, 27 January 2013
MAULIDUR RASUL BIDAAH KONON, TAPI BIRTHDAY SENDIRI BUKAN MAIN LAGI SAMBUT!!!
Dengar cerita tentang bidaah, bukan main lagi hebat. Pendek kata, orang lain semuanya bidaah. Tak boleh buat. Sampaikan sambutan Maulidur Rasul pun, tak boleh. Kononnya zaman Nabi tak buat. Bila Nabi s.a.w tak buat, maknanya kita tak boleh buatlah. Kalau buat, namanya BIDAAH.
Dan bagi kaum Wahabi, tidak ada BIDAAH HASANAH sebaliknya semua BIDAAH adalah DHOLALAH.
Punyalah nak membidaahkan orang lain, dan menunjukkan kononnya dia lebih tahu tentang Islam, maka dikatakan bahawa Muhammad s.a.w bin Abdullah adalah MAMAT KAMPUNG yang mulianya hanya keranalah JAWATAN RASULULLAH dan NABI. Kalau tak ada JAWATAN itu, maknanya Muhammad s.a.w hanyalah si penggembala kambing yang tidak ada apa-apa.
Bila orang nak sambut HARI JADI NABI MUHAMMAD S.A.W, dikatakan orang berkenaan tidak tahu bab agama dan gemarkan bidaah. Kononnya jahillah sangat bila memperingati hari kelahiran Junjungan Mulia itu.
Tapi bila dia sendiri sambut harijadi, siap dengan potong kek dan dihadap pula dek Karpal Singh dan puak-puak DAP serta PKR, sengih bukan main, senyum pun sampai ke telinga. Seronok rupa-rupanya bila sambut harijadi sambil potong kek. br />
Hilang sudah segala BIDAAH. Hilang sudah segala kejahilan dan hilang sudah segala perkara yang menyalahi agama. Sebabnya mudah... TERKENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI, semuanya boleh. Orang lain sahaja yang tak boleh... Lebih-lebih lagi ORANG UMNO!!! br />
Apa-apapun, SELAMAT HARILAH POK NIK... INGATLAH, bila dah sambut harijadi tu, bermakna makin pendeklah usia kita. Bila dah pendek usia tu, maknanya tak lama lagi, bersoal jawablah kita dengan Munkar Nakir dalam kubur dan tak guna dah kalau suruh kawan ketuk papan keranda sambil bagitahu, 'KIR-KIR... NI KAWE KITO.'
sumber : theflyingkick
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment