Bagi puak mulut celupar dan gatal tangan cuba nak perlekeh
pasukan keselamatan kita yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh
bersenjata Sulu... awas, ini amaran Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar.
Nada beliau nyata bukan nak main-main.
Memang ramai sudah mendidih kerana pada ketika satu negara
perlu bersatu hati berdepan dengan pencerobohan ini.. ada juga puak yang nak
tunjuk pandai komen bukan-bukan ikut suka sedap mulut.
Ini termasuk gelagat Naib Presiden PKR,Tian Chua yang kena
hentam depan belakang di seluruh negara kerana senang hati main tuduh krisis
keselamatan di Lahad Datu satu sandiwara UMNO.
Bagi Tian Chua... Khalid dengan tegas berkata, "mana
boleh lepas".
Beliau memberitahu
polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.
Polis telahpun ambil keterangan darinya berhubung cakapnya
yang disiarkan dalam akhbar Keadilan Daily baru-baru ini.
Manakala bagi yang cuba jolok nada-nada sama baik menerusi
blog,facebook,twitter atau lain-lain,Timbalan Ketua Polis Negara mengingatkan
mereka polis akan jejak sampai dapat.
Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar
dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan
negara, katanya.
"Jangan buat tindakan bodoh seperti
ini...,"tegasnya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas satu majlis di
Kuala Lumpur Selasa beliau berkata ,"Saya ingin memberi amaran kepada
mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang
mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan
kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji.
"Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang
menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita
kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.
Menurut beliau polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial
bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.
Serentak dengan itu ,Khalid memberitahu polis sudah membuka
dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara
bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap
mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan
itu.
"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara
untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.
sumber Brojinggo
sumber Brojinggo
No comments:
Post a Comment