Wednesday 6 March 2013

ZAHID TUNJUK GAMBAR PALSU MAYAT PENCEROBOH?



Sebuah blog penyokong Anwar Ibrahim hari ini mempertikaikan kesahihan gambar mayat penceroboh di Sabah yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi. Blog berkenaan menyifatkan gambar mayat penceroboh itu tak ada bezanya dengan gambar mayat yang mati tertimbus akibat tanah runtuh.

Penulis blog berkenaan juga mempersoalkan mengapa anggota tentera sendiri tidak dibekalkan dengan kamera canggih bagi mengambil gambar sebenar ditempat kejadian.

Sementara itu, sebuah lagi blog yang dimaklumkan mendapat bayaran lumayan dari PKR di P.Pinang pula menuduh akhbar Utusan berbohong kerana melaporkan 30 orang penceroboh terkorban, sedangkan Menteri Pertahanan hanya menunjukkan gambar 13 orang sahaja didalam sidang akhbarnya hari ini.

Blog berkenaan menyifatkan akhbar perdana terbabit sebagai suka membuat fitnah dan sengaja mahu membesar-besarkan berita yang mungkin menimbulkan ketakutan dikalangan rakyat khususnya di Sabah.

Agak memalukan kerana kedua-dua blog ini langsung tak menyentuh tentang dakwaan pihak perisikan Filipina yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kumpulan penceroboh berkenaan. Mereka juga tak peduli dengan desakan rakyat supaya Tian Chua dihukum kerana menghina anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Mungkin bayaran yang mereka terima tidak tertakluk untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat, sebaliknya hanya tertumpu kepada membuat fitnah dan meyebar dakyah palsu bagi memburukkan kerajaan semata-mata.

SUMBER


No comments:

Post a Comment