Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan
pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh
menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan
mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku
sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada
1936.
Jamalul Kiram III
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III
bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram
II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939
untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika
itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja
kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah
keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan
berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah
berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda
tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti
daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah.
Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan
membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai
pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie,
membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran
tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu
berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh
perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara
langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao
Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H
Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri
Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh
mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama
itu," kata sumber berkenaan.
No comments:
Post a Comment