Friday 8 March 2013

Tragedi Lahad Datu ; Anggota Polis Bangsa Sulu Di Tahan Di Percayai Talibarut Pengganas ?

Penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada pengganas sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM. 

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: "Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih."

Walau bagaimanapun, anggota polis yang dipercayai menjadi pengkhianat ialah Kpl/D Hasan Basri.

Menurut maklumat, musuh dalam selimut ini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

[Sumber]

3 comments:

  1. Boleh terjadi dimana mana unit pasukan keselamatan dan penguatkuasaan dinegara ini, bukan hanya terhad diLahad Datu. Mungkin ini isu kebetulan dan tidak mustahil terjadi. Bagaimana PKM boleh tahu pergerakan anggota keselamatan dalam operasi dihutan sewaktu zaman komunis dulu? Kenapa samseng sukar dikesan dan ditangkap? Kenapa penjual rokok dikaki lima KK sentiasa tahu bila serbuan penguatkuasaan akan diadakan? Bagaimana barang seludup sentiasa boleh masuk walaupun pegawai kastam sentiasa ada dimana mana? Musang berbulu ayam sentiasa memerhati!

    ReplyDelete
  2. Jgn bt tuduhan melulu..korg tau ke cmne tugas SB ni (special branch)??????
    Tugas sorg anggota SB ni dia kena duduk dlm group tu..Sejarah dh bukti kn tewas nya Komunis Malaya sbb SB polis bjaya masuk dlm group komunis tu..

    ReplyDelete
  3. Betul. Namun sebagai manusia, pegawai keselamatan/penguatkuasaan tidak lari dari kesilapan. Mereka menjadi gelap mata kerana duit. Ada juga yang ditimpa Stockholm Syndrom tanpa menyedarinya. Zaman komunis dulu memang ada pegawai SB yang berjaya menyerapi PKM ke? Seingat saya ada pegawai polis yang ditahan kerana disyaki memberikan maklumat kepada mereka. Jangan lupa beri kredit kepada unit unit ATM dan PPH kerana bertanggung jawab menghentikan pemberontakan bersenjata mereka diSemananjung dan Sarawak.

    ReplyDelete