Senjata yang telah ditemui..
Hari ini masuk hari ke-24 sejak kira-kira 200 orang yang
mendakwa mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah di Kampung
Tanduo yang terletak kira-kira 120 kilometer dari pekan Lahad Datu dengan
tujuan untuk menawan Negeri di Bawah Bayu itu.
Pakaian pengganas sulu yang berjaya dirakam.
Kejadian itu terus membuka mata rakyat Malaysia betapa
runcingnya masalah keselamatan di Sabah. Namun bagi penduduk Felda Sahabat
mereka telah lama menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pendatang haram dari
Sulu.
Kisah peneroka dibunuh semata-mata kerana hendak mencuri
motosikal dan penduduk terpaksa membayar wang perlindungan bagi mengelakkan
diganggu oleh golongan pendatang itu memang telah sebati dengan kehidupan
seharian penduduk di sini.
Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan
keselamatan mereka kerana bagi kaum pendatang itu nyawa seseorang itu cukup
rendah nilainya.
Perdana Menteri mengumumkan pewujudan Kawasan Keselamatan
Khas melegakan penduduk setempat. Selain kawasan keselamatan lebih ketat,
mereka berharap program pemutihan dan penempatan semula kaum Sulu di sini dapat
dilakukan.
Ketua Polis Negara memaklumkan terdapat lebih 50 suspek
pengganas diberkas di beberapa lokasi di luar kawasan operasi termasuk beberapa
orang wanita.
Beliau juga memberitahu belum menerima maklumat dari saluran
rasmi sama ada pengganas berkenaan bersetuju meletakkan senjata tanpa syarat,
begitu juga dengan permohonan kerajaan Filipina untuk bertemu dengan suspek
yang ditangkap.
Berikutan suasana yang semakin tenang bantuan kemanusiaan
mulai masuk ke kawasan ini. Bantuan kain sarung dan selimut disampaikan oleh
kerajaan negeri, manakala bantuan dari Kelab Putera 1Malaysia sedang dalam
perjalanan dari Tawau. Majlis Keselamatan Negara juga telah menyampaikan
bantuan makanan dan keperluan harian penduduk kampung yang dipindahkan dari
kawasan pertempuran serta operasi.
No comments:
Post a Comment