Thursday 7 March 2013

Teresa Kok DAP Bolot Tanah Hak Rakyat Selangor!!!



Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Teresa Kok Suh Sim membolot tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seluas 100 ekar di Bernam.

Menurutnya, Teresa meminta 100 ekar daripada lebih 10 000 ekar 'land bank' PKNS bagi membina sebuah penempatan kaum Cina.

"Teresa Kok ini dah minta tanah 100 ekar daripada 10 000 (ekar) 'land bank' PKNS ini. Dia mintak 100 ekar di Bernam tu... dia nak masukkan Cina-Cina kat situ. Itu yang saya tak faham. Kenapa Board of Director (Ahli Lembaga Pengarah PKNS) membenarkan.

"Signboard (papan tanda) dah naik juga.. jadi di sini kita kena bangun bantah sama-sama dengan orang Jelatek dan Taman Keramat.. kalau tidak habis tanah," katanya ketika membuat penjelasan tentang Datum Jelatek pada pentas Bicara Rakyat malam tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden Muafakat Masyarakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) Ismail Mina, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Zulkifli Nordin dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah

Tambah Salleh, Selangor selepas kepimpinannya diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 memeberi jawatan Pengurus Besar PKNS kepada kaum bukan Melayu dan kini Teresa Kok Suh Kim turut dilantik sebagai Lembaga Pengarah PKNS.

"Saya berasa hairan dalam senarai nama Board Of Director PKNS terselit satu nama bukan Melayu berada dalam senarai itu iaitu YB Teresa Kok Suh Sim"

"Saya begitu pelik sekali, mengapa mereka ini tidak mempertikaikan dengan kehadiran ADUN Kinrara itu didalam PKNS sepertimana pertikaian jawatan Pengerusi dahulu yang di berikan kepada orang bukan Melayu," kata Salleh.

Ujarnya, lantikan Pengurus Besar dari kalangan Melayu sebelum ini mendapat tentangan hebat oleh rakyat dan akhirnya jawatan tersebut diberikan kepada Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS yang dilantik.


Sumber KLPOS

No comments:

Post a Comment