Dalam Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat
lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal
bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut
dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut.
Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada
mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan
negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan
terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah
kelangkang serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan
mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik
kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada
pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang
halal darahnya.
Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna
hitam..
Tindakan pengganas Sulu yang memakai tangkal berkenaan
adalah satu amalan sihir kelas pertama.
Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin
ilmu itu menjadi. Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia
tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir
dengan kemaluan.
Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti
dinyatakan Rasulullah.
Ada baiknya jika anggota keselamatan beragama Islam membaca
surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh.
No comments:
Post a Comment