Thursday 7 March 2013

Siapa taja anak Jamalul Kiram balik ke Pulau Tawi-Tawi naik jet peribadi?


kiram-jet
KEMASKINI Di kala ini, apa yang amat dikehendaki oleh keluarga Jamalul Kiram nampaknya diperolehinya, iaitu glamour dan perhatian.

Pagi Khamis, anak Jamalul Kiram, yang menggelarkan dirinya, Puteri Jacel Kiram menjejakkan kaki ke Pulau Tawi-Tawi dengan menaiki jet peribadi.
Tidak pasti jet itu ditaja oleh siapa, tapi yang pasti bukan keluarga Jamalul Kiram punya. Ini kerana Jamalul Kiram hidup pun dengan bantuan kebajikan kerajaan Filipina.
Media Filipina ABS-News melaporkan Jacel pulang ke kampung halamannya ditemani oleh selebriti Mariel Rodriguez, iaitu isteri pelakon filem Filipina Robin Padilla.
Jacel Kiram yang dikemumuni oleh wartawan kemudiannya memberitahu tujuan beliau pulang adalah untuk melihat 'kebajikan rakyatnya' selain membawa 'amanat Sultan'.
Jacel Kiram turut menemui Gabenor Pulau Tawi-Tawi Sadikul Sahali dan Naib Gabenor Ruby Sahali.
Beliau juga memohon maaf kepada wartawan selepas mengedarkan gambar salah kepada pihak media sebelum ini.

No comments:

Post a Comment