Menulis di laman web malaysia-today, Raja Petra
Kamaruddin (RPK) mendedahkan sepucuk surat tentang Presiden PKR, Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail. Pendedahan tersebut di lakukan semalam.
Surat yang disiarkan RPK ditulis oleh MOHD FAREEZ KAMAL
INTIDZAM, nombor kad pengenalannya 890625-10-5273 berjawatan sebagai Setiausaha
Politik Zuraida Kamaruddin.
Ditulis pada 4 Mac, ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dan salinan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Dalam surat bertulis tangan itu, penama memohon campur
tangan Presiden Pas agar menasihati Wan Azizah supaya berundur dari jawatan
Presiden PKR menjelang Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penama turut mendedahkan Wan Azizah mempunyai sikap pelik
terhadap dirinya, iaitu cemburu apabila dia dilihat rapat dengan Anwar. Nurul
Izzah Anwar juga mempunyai sikap yang sama seperti ibunya.
Menurut kata RPK “Adakah ini langkah Azmin atau kes liwat
III?,”
RPK beranggapan surat tersebut mempunyai dua maksud iaitu
pertama, langkah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpakat dengan kroninya,
Zuraida Kamaruddin untuk menamatkan karier politik Wan Azizah dan anaknya,
Nurul Izzah.
Atau, kedua berlaku sekali lagi kes liwat III, selepas kes
liwat II membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes liwat I membabitkan
Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan Samsitaat Madja.
“Walau bagaimanapun, surat ini nampaknya adalah satu cubaan
untuk menjatuhkan kem Anwar keseluruhan - ayah, ibu dan anak perempuan.
“Mari kita lihat, apa perkembangan selanjutnya, dalam tempoh
beberapa jam berikutnya sebelum kita dapat membuat satu kesimpulan”, kata RPK
lagi.
Nampaknya semakin menarik PRU 13 kali ini... Demi kuasa...
duduk dalam satu kem pun sempat main tikam belakang lagi tuh!...
Opsss jangan sebut tikam belakang! Anwar sensitif... meh
petik ayat Anwar "Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya saman
you pula,"
No comments:
Post a Comment