Monday, 11 March 2013

Lahad Datu: Kerajaan timbang wang ihsan untuk penduduk terjejas



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan menimbang kemungkinan memberi bantuan wang ehsan kepada masyarakat tempatan yang terjejas akibat insiden pencerobohan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan langkah yang boleh diambil oleh kerajaan persekutuasn bagi meringankan bebanan penduduk Sabah yang tinggal berhampiran dengan kampung itu.

"Saya difahamkan punca pendapatan ramai masyarakat tempatan terjejas termasuk nelayan yang tidak dapat turun ke laut kerana kawasan mereka diancam oleh kumpulan penceroboh," katanya semasa mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.

Persidangan video diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha di sini, sejurus Najib menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13 di Putrajaya.

Persidangan tersebut, yang disaksikan oleh kira-kira-kira 1,000 penjawat awam di sini, turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan barisan menteri kabinet negeri.

Najib berkata, cadangan pemberian bantuan atau wang ehsan itu sudah dibincangkan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melawat Sabah esok.

Perdana Menteri turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa soal keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Sabah tidak akan dikompromi dan yakin krisis pencerobohan itu dapat diatasi dengan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Terdahulu pada majlis itu, Musa berkata, penjawat awam di Sabah akan terus menyokong dan mendokong usaha transformasi yang diperkenalkan oleh perdana menteri.

"“Komitmen ini adalah selari dengan etika perkhidmatan awam dan sebagai asas penting yang menjadi sumber kekuatan dan menjaga integriti perkhidmatan awam," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete