Monday, 11 March 2013

Khalid Ismath Iktiraf Anwar Ibrahim Sebagai Peliwat?




1.  Beberapa blog hari ini memetik kenyataan Khalid Ismath, Pengerusi Kumpulan Aktivisis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang menyokong pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menjadi Perdana Menteri.

2.    Minggu lepas, Khalid Ismath yang pernah mengaku secara terbuka sebagai penganut Syiah (Syiah bukan mazhab tetapi satu bentuk fahaman baru yang bertentangan sama sekali dengan Islam), turut mencetuskan polemik apabila menyifatkan pluralisme (baca: akidah) sebagai perkara yang sihat.

      Khalid Ismath juga menyerlahkan kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah apabila mendoakan Hugo Chavez mendapat rahmat Allah (rahmatullah) meskipun menyedari pemimpin Venezuela itu bukan penganut Islam ketika meninggal dunia pada minggu lepas.

3.    Apa yang mengejutkan dalam kenyataan-kenyataan Khalid Ismath ini? Pada SB, tidak ada apa-apa yang aneh pun. Khalid hanya menyerlahkan belang sebenarnya sebagai penganut tegar Syiah dan pada masa yang cuba mengecat semula imej busuk boss besarnya yang diketahui menyokong kelompok LGBT di negara ini.

4.    Pun tentu, kenyataan menagih publisiti murahan oleh Khalid Ismath itu seolah-olah bertujuan mengocak semula episod pengakuan Azlan Lazim, bapa mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari yang mendakwa Liwat 2 membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi pihak tidak bertanggungjawab (baca:UMNO).

5.    Usaha terdesak PKR mengheret Azlan Lazim itu sebenarnya tidak membekas sebarang kesan, malah gagal menarik perhatian massa lantaran insiden pencerobohan di Lahad Datu yang masih hangat dibicarakan. Maka pada kesempatan inilah, Khalid Ismath cuba mencetuskan polemik baru melalui kenyataan tersebut.

6.    Namun begitu, umat Islam yang cintakan kebenaran dan menyayangi Rasulullah SAW tidak boleh mengambil mudah sebarang kenyataan oleh pemuda Syiah ini. Golongan ini bukan sahaja licik menyirat fahaman Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, malah turut mencampur-adukkan dengan pelbagai unsur fahaman lain seperti sosialisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam kempen freedom, justice and equality.

7.    Sebagai individu yang memantau rapat perkembangan gerakan Syiah dan ideologi sosialisme serta pluralisme di negara ini, SB percaya satu ancaman besar terhadap akidah bakal melanda masa depan generasi kita kelak.

8.      Gerakan-gerakan ini perlu sentiasa ditentang kerana mereka bergerak sangat aktif di segenap sudut dan penjuru negara, bahkan telah pun menyerap masuk ke dalam haraki politik berteraskan Islam di Malaysia.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete