Itu yang bermain difikiran MKP setelah menatap gambar
diatas. Jelas dan nyata memang ini adalah menteri UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin
bersama anggota tentera serta Polis di perbatasan medan perang. Mana pemimpin
Pakatan harami langsung tak menjenguk dan tunjuk muka. Sembang macam ayam
jantan berkokok akan tetapi taik penuh di ekor..
MKP teruja melihat Timbalan Perdana Menteri bersama anggota
keselamatan setidak-tidaknya hadir memberi perangsang serta semangat pada
anggota keselamatan menjalankan tugas mereka. Sesungguhnya pengorbanan mereka
dihargai..
Tan Sri Muhyiddin mengambil makanan sendiri bukannya
dihidangkan seperti biasa.Siap ceduk
lauk sendiri lagi. Jangan pulak lepas nie yang kata sambutan VVIP bila TPM
datang. Panas Anwar bila menantap Gambar nie..
BAPA Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah,Ismail Husin
menunjukkan SMS terakhir kiriman Allahyarham sebelum terkorban dalam
pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari
ini. - UTUSAN
"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk
mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad
Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai
Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Ismail, 55, berkata, beliau menerima berita sedih yang
menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan
Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan
terkorban.
"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari
raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan
SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu
Lalang di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment