Wednesday, 9 January 2013

TUN M TANYA SOALAN PANAS KEPADA HARUN DIN! MESTI BACA


Berikut adalah petikan artikel Tun M dari blog beliau:

1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”. 

2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”. 

3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah. 

4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”. 

5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.

Read more.... 

Juga korang boleh baca kat sini komen Tun M mengenai Amanat Hadi Awang

sumber : House PK

No comments:

Post a Comment