Tuesday 22 January 2013

SYABAS !!! TAHNIAH KEPADA SHARIFAH !!! LISTEN... !!! RAKYAT DAH TERPENGARUH PADA PR !!! WAJIB BACA !!!


Sekarang ini di internet Kecoh diperkatakan tentang Sharifah Zohrah berlawan dengan seorang pelajar yang juga aktivis parti sosialis dan ahli seketeriat JERIT,K Bawani.Yang saya tak boleh tahan ada juga di kalangan orang-orang Umno yang mengutuk Sharifah Zohrah.kenapa anda nak kutuk Sharifah ??? apa salah dia ??? mudahnya anda termakan propaganda pembangkang.Pembangkang dah rasa terkedu dengan kejadian itu dan mereka dah merasa malu.Lalu mereka pusing cerita seolah-olah Sharifah jahat. itu cerita sebenar.anda lihat sendiri perhimpunan BERSIH !!! apa dah jadi ??? siapa ketua BERSIH ??? anda fikir di situ.saya nak sambung balik.sebenarnya,Mereka terkedu sebab selama ini cara-cara begitu didominasi oleh mereka dan mereka tak sangka ada orang pro BN yang begitu berani berdepan dengan aktivis pembangkang sehingga tunduk dan lari.

Selama ini PKR teruja dengan keberanian Lathefah Koya.Selama ini mereka teruja dengan Adam Adli yang berani pergi ke pejabat Umno dan turunkan gambar PM.Selama ini mereka teruja dengan tindakan Nizar melaung-laung dalam Parlimen dan macam-macam benda gila yang sering mereka buat.anda tak fikir ke semua Itu Wahai pembaca Badut Rakyat ??? apa pun ini adalah dari isi hati saya,saya rasa apa yang dibuat oleh Sharifah sebenarnya jauh lebih baik dari apa yang dilakukan oleh puak-puak mereka selama ini.Sharifah berani turun berdepan dan dengan beberapa kali sebut perkataan listen tanpa perlu menjerit atau meraung hingga seorang aktivis pembangkang boleh tunduk kepadanya,itulah yang membuatkan pembangkang terkedu dan malu.Kemudian mereka pusing cerita Sharifah kurang ajar dan untuk sedapkan cerita mereka kata menghalang mahasiswa bersuara.Berlindung di sebalik nama mahasiswa pula.macamlah orang tak kenal siapa itu K.Bawani.

cuba anda fikir,Mana lebih baik antara tindakan Sharifah dengan tindakan Nurul Izzah dalam gereja beberapa bulan lepas  ??? cuba anda fikir balik.apa yang saya kata,tindakan Sharifah itu betul.makin diberi peluang si Bawani itu makin syok berceramah.Jadi cara Sharifah potong itu adalah tepat.Tidak ada masalah.Cara itu selalu dipraktikkan oleh Anwar apabila berdepan pihak media.Sharifah tidak penampar atau bagi penyepak pada Bawani.Sharifah tidak menggomol atau menarik rambut Bhawani.bayangkan kalau semua tu terjadi.makin syoklah puak pembangkang goreng isu ini.

Sharifah berhentikan dia sebab dia sudah meleret-leret apabila diberi peluang bertanya soalan atau kemukakan pendapat.Itu perkara biasa dalam mana-mana forum untuk moderator atau panelis menghentikan soalan daripada floor jika dah meleret-leret atau keluar dari topik atau jika terlalu panjang sangat.Cuma yang luar biasa apabila Sharifah berani turun berdepan dengan Bawani.Itu pun mungkin kerana Sharifah telah tahu siapa Bawani yang sebenarnya dan kerana Bawani telah memutar belit apa yang dikatakan oleh Sharifah sebelum itu Akhir sekali apa yang saya nak katakan, saya bangga dengan keberanian Sharifah.Tahniah Sharifah !!!! Anda memang hebat.Jangan sesekali anda berundur atau memohon maaf kepada Bawani seperti yang didesak sesetengah pihak.Anda berada di landasan yang betul. Teruskan perjuangan....

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment