Saturday, 19 January 2013

[PAS IS DEAD] FLIP FLOP SUDAH DIJANGKA - HADI AWANG MANGSA POLITIK DALAMAN PAS


Tindakan PAS membuat 'u turn' dalam isu penggunaan kalimah Allah selain bukan agama Islam sudah kami hidu pada hari bersamaan DAP membatalkan kemenangan Vincent Wu bagi digantikan kepada Zairil Khir Johari dalam 20 kerusi CEC nya.

Dalam hal ini, Mat Sabu yang membacakan keputusan presiden PAS, Haji Hadi Awang untuk kalimah Allah dipakai selain agama Islam terperangkap dalam jerat 'politik dalaman PAS' bilamana majlis syura membuat keputusan untuk bercanggah dengan presidennya seterusnya melarang ia (kalimah Allah) digunakan oleh selain Islam.

Mat Sabu tanpa segan silu berkata beliau akur dengan keputusan majlis syura dan seterusnya mursyidul am PAS, Tok Guru Nik Aziz muncul sebagai wira apabila membuat pengumuman isu ini dianggap selesai iaitu merujuk kepada keputusan majlis syura dan secara tak langsung membelakangkan keputusan presidennya, Hadi Awang.

Haji Hadi Awang, ternyata kecewa apabila beliau merasakan dipermainkan oleh 'kumpulan tertentu' di dalam PAS hingga dianggap sebagai seorang presiden flip-flop dan langsung tidak berwibawa dalam sejarah penubuhan PAS.

Tidak hairan, beliau (Hadi Awang) secara halus berkata beliau akan bersara dari kerusi presidennya dan mungkin tidak akan bertanding dalam PRU13 nanti.

Politik dalaman PAS kini dilihat sama sahaja dengan pergolakan dalaman DAP setelah beberapa individu berpengaruh tumpas dalam pemilihan 20 kerusi CEC termasuk Ronnie Liu. 

TMS sama sekali tidak hairan dengan 'politiking dalaman' kedua-dua parti PAS mahupun DAP ini kerana masing-masing mula tamak bila terlalu yakin bakal menawan Putrajaya dan kini memasang angan-angan untuk menduduki mana-mana kerusi kabinet nanti.

Anwar Ibrahim tetap bermain 'politik safe' dengan hanya menggerakkan 'kuda-kudanya' seperti Azmin Ali dan Rafizi Ramli kerana beliau tetap dikatakan bakal menjadi perdana menteri dan sebarang kesilapan beliau akan menjejaskan angan-angan mat jeninnya selama ini.

Sebab itu Azmin berani bersuara agar PAS memikirkan semula keputusan majlis syura dan kembali kepada 'perjanjian asal' mereka (kalimah Allah boleh dipakai selain Islam) sejajar dengan semangat pakatan menuju Putrajaya.

Bagi ahli PAS yang beriya-iya mahukan Haji Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya pakatan menang PRU13 nanti, bolehlah juga simpan angan-angan itu. Kewibaan beliau sudah hilang bila dengan mudah diperkotak-katikkan dalam isu kalimah Allah ini.

No comments:

Post a Comment