Di Kuala Terengganu, seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu
Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan
melakukan kelucahan melampau terhadap seorang peserta lelaki perkhemahan pengakap
di kem Telaga Batin, di sini, April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Wan Mohd Shahrul Nizam Wan Abdullah,
30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen
377e Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun
dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa pada 22 April lalu
lebih kurang jam 11 pagi di Kem Telaga Batin, di sini, telah merangsang seks
terhadap mangsa, murid tahun enam untuk melakukan satu perbuatan kelucahan
melampau.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh, bapa kepada dua
anak itu direkodkan, Majistret membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan
seorang penjamin sementara menunggu kes disebut semula.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna
manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.
No comments:
Post a Comment