Wednesday, 23 January 2013

KUNYIT HANGIT! ANWAR KETAWA BESAR BILA PASARAN SAHAM RUGI 35 BILLION!




Semalam adalah antara hari yang paling gembira buat Anwar. Sambil mendengar laporan beberapa orang bankers/market players yang masih berada di dalam jawatan masing-masing (baik dalam bank, Securities Commission, Bursa Malaysia) bahawa akan ada permulaan gelombang keresahan pasaran mengenai situasi ekonomi. Blog ini harap sangat, kerajaan boleh cari beberapa nama besar yang masih lagi SIMPATI dengan perjuangan Anwar dan sedia menawarkan khidmat kepada Anwar pada bila-bila masa. Yang bijak dalam PKR ini bukan Rafizi – tapi beberapa nama dalam ‘entiti strategik’ yang masih bersungguh membantu Anwar. Wawa budak Bank Islam itu baru kira macam ‘despatch’ sahaja. Ada nama lebih besar yang bantu Anwar. 

Anwar adalah veteran dalam permainan saham ini. Sangat veteran. Dia tahu bagaimana masyarakat perniagaan berfikir dan bertindak. Anwar tahu tentang herd mentality. Anwar tahu bagaimana pasaran saham juga akan mempengaruhi sentimen pengundi. Anwar tahu bahawa pengundi Cina perlu diperingatkan bahawa kerajaan yang ada tidak cekap dalam mengurus ekonomi. Ini antara game-plan Anwar dalam memasuki fasa terakhir pilihanraya. 

Anwar juga tahu kemampuan kerajaan. Anwar kemampuan KWAP. Anwar tahu kemampuan EPF. Anwar tahu kemampuan PNB. Kesemuanya dalam poket Anwar. 

Nak mengatakan pasaran saham jatuh dengan permainan persepsi Anwar mungkin meletakkan diri dia terlalu hebat. Anwar tahu bahawa dia tidak mampu mempengaruhi pasaran saham sebegitu rupa. Yang mungkin kerajaan lupa, Anwar berkawan lama dengan dealers international sewaktu dia jadi Menteri Kewangan. Tanpa permainan pasaran saham, orang seperti Rahim Ghouse takkan mampu duduk di luar Negara dan menghantar wang dalam amaun yang besar untuk membantu gerakan PKR selama ini. International connection Anwar jangan sesekali dipandang rendah. 

PKR selama ini hidup pun dengan dana pasaran saham. Termasuk milikan beberapa ‘oil rig’ di Amerika Syarikat. Anwar sendiri (atas nama nominees), memegang beberapa syarikat oil and gas di Amerika. Boleh rujuk bekas Setiausaha Agung PKR lama mengenai mekanisme kewangan Anwar dan PKR. 

Menurut salah seorang yang membentangkan laporan kepada Anwar petang semalam – international market sudah respon dengan permainan persepsi HKR112. Mereka sudah mendapat makluman mengenai UGUTAN Mat Sabu bahawa mereka tidak akan balik selagi kerajaan tidak dijatuhkan melalui jalan raya. Ini semua membuatkan pelabur pasaran saham antarabangsa berasa khuatir dan takut. 

Anwar tahu, jika dia main ‘permainan persepsi’ ini dengan betul – kerajaan akan kelihatan sangat lemah dan tidak mampu menjaga ekonomi dengan baik. Anwar sudah pesan, tidak mahu pasaran saham untuk respon terlalu awal. Rugi. Anwar mahukan ianya jatuh lebih teruk pada masa yang TEPAT dan BETUL. Jika boleh, ianya berlaku dalam waktu kempen akhir nanti.

Anwar peduli apa kalau pasaran saham Malaysia rugi RM70b sekalipun – asal dia mampu jadi Perdana Menteri. Sabotaj ekonomi memang boleh jadi senjata yang sangat berkesan.

Sumber: Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment